Salam Intelek Ketua Editor
Academic International Dialogue (AID Conference) bermula dengan penganjuran persidangan antarabangsa yang dijalankan di Pulau Pinang pada 2016. Dari situ, AID terus mengorak langkah dengan penganjuran berkala persidangan-persidangan akademik di peringkat nasional dan antarabangsa sebanyak dua kali setahun.
Dengan kekuatan penggeraknya yang dipelopori oleh akademia dari beberapa universiti di Malaysia seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik Sungai Petani dan Universiti Antarabangsa INTI, AID berjaya mencapai sasarannya iaitu menganjurkan persidangan-persidangan dengan yuran yang sangat berpatutan tanpa mengkompromi kualiti. Pada 2019, AID mengorak satu lagi langkah dengan menganjurkan pertandingan inovasi yang turut diadakan dua kali setahun pada tahun-tahun mendatang.
Pada 20 November 2019, akhbar atas talian AID Conference yang dinamakan AID Online dilancarkan dengan kekuatan editorial yang diurus oleh para akademia. Kekuatan ini, yang saya gelarkan “kewartawanan intelek”, mungkin agak menakutkan kepada kami sidang editorial dan juga pembaca, tetapi sebenarnya juga adalah cabaran bagi sidang editorial untuk memastikan kualiti tinggi penulisan yang diterbitkan.
Dalam masa yang sama, kelompok editorial AID Online yang terdiri daripada akademia tanpa latar belakang komunikasi (kecuali Ketua Editor dengan PhD dalam bidang kewartawanan) adalah juga usaha untuk melatih pensyarah muda untuk menulis dengan piawaian kewartawanan agar dapat pula dikongsi dengan pelajar-pelajar mereka dan generasi muda yang lain untuk menulis dengan berkesan tetapi cermat dan beretika tinggi.
Selain itu, dalam kesesakan peluang dan ruang menerbit dalam akhbar tempatan terutamanya akhbar bercetak, AID Online menyediakan tempat kepada semua peringkat umur untuk menerbit. Misalnya, pembaca peringkat pendidikan awal seperti murid tadika boleh menghantar karya dalam bentuk gambar atau video untuk berkongsi dan menginspirasi. Karya-karya kreatif yang dihasilkan pelajar boleh diambil gambarnya dan dihantar ke segmen Dari Sekolah, ruangan Kreativiti atau Penulisan. Galakan menerbit ini turut dibuka kepada peringkat umur yang lebih tinggi iaitu pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan masyarakat umum.
Peluang yang ditawarkan oleh AID Online ini saya lihat sebagai usaha murni untuk menggalakkan minat membaca dan seterusnya berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bentuk “penerbitan”. Secara tidak langsung, AID Online membuka saluran penerbitan yang diampang oleh sidang editorial yang dilantik, melawan arus kekuatan penerbitan dalam media sosial yang tidak berpengampang. Natijahnya, penulis-penulis yang berkarya dalam AID Online dilatih dari usia muda untuk menulis dengan penuh hemah, beretika dan mementingkan kualiti penulisan berbanding penulisan yang kontroversial, provokatif dan tidak sensitif.
Selari dengan usaha memupuk minat membaca terutama dalam bentuk bercetak, AID Conference juga, melalui projek siri buku anekdot memberi peluang kepada pembaca dari semua peringkat untuk berkongsi pengalaman hidup melalui penulisan anekdot yang diterbitkan dalam bentuk buku. Projek ini yang juga diampang oleh penyunting dari kalangan akademia, diharap menjadi alat penting untuk memupuk minat membaca bahan bercetak yang semakin dilupakan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada gajet, yang terbukti dalam kajian empirikal--boleh membinasakan generasi akan datang dalam banyak aspek termasuk kesihatan, kesihatan mental dan kesan-kesan sosial yang lain.
Kembali kepada kekuatan AID Online, sifat AID Online yang bertunjangkan akademik dan meraikan ketidakberpihakan dalam laporan menerima naungan daripada tokoh-tokoh dalam bidang kewartawanan yang jelas mempunyai latar belakang berbeza. Misalnya, ada penaung yang berlatarbelakangkan pengalaman luas dengan akhbar arus perdana, ada yang menyokong kemudian menentang, dan ada yang menerajui organ parti pembangkang pada zaman Malaysia lama.
Naungan ini menguatkan lagi asas AID Online yang berteraskan akademik, menekankan aspek penghasilan dan perkongsian ilmu serta memupuk budaya membaca dari usia muda. Semoga apa yang diusahakan ini dapat menjadi salah satu tiang yang mendukung aspirasi Malaysia menjadi negara kelas pertama, yang bukan hanya gah dengan bangunan pencakar langitnya, tetapi juga teguh mentaliti dan jatidiri rakyatnya!
Selamat membaca, selamat berkarya,
Dr Siti Suriani Othman
Universiti Sains Islam Malaysia
November 2019

SIDANG EDITORIAL AID ONLINE
Ketua Editor
Dr Siti Suriani Othman
(PhD Kewartawanan, Nottingham Trent University)
Universiti Sains Islam Malaysia
(PhD Kewartawanan, Nottingham Trent University)
Universiti Sains Islam Malaysia
SEGMEN ISU SEMASA
Editor
SEGMEN MINDA SISWA
Editor
Editor Bahasa Inggeris
Mariatul Kibtiyah Binti Silahudin Jarjis
SEGMEN DARI SEKOLAH
Editor
SEGMEN PENULISAN ESEI
Editor