AID ACADEMY

  • HOME
    • AIDIC
    • IFSC
    • IJCOMAH
    • IJI
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS
      • ICCOMAH
      • ICOSAH
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS
      • INNOCOM
      • ISIC
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • EDITOR BUKU TERBITAN AID ACADEMY
    • PENYELENGGARA BUKU TERBITAN AID ACADEMY
  • GALLERY
  • HOME
    • AIDIC
    • IFSC
    • IJCOMAH
    • IJI
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS
      • ICCOMAH
      • ICOSAH
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS
      • INNOCOM
      • ISIC
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • EDITOR BUKU TERBITAN AID ACADEMY
    • PENYELENGGARA BUKU TERBITAN AID ACADEMY
  • GALLERY
Picture
Editor Buku Terbitan AID Academy
Picture
Picture
Seorang pesara yang memulakan perkhidmatannya sebagai guru pada 1977, selepas memperoleh Diploma Sains dengan Pendidikan dari UPM. Tujuh tahun kemudian, bertukar pula ke Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengalaman bertugas selama 10 tahun di KPM digunakan dengan cukup bermakna apabila kembali ke sekolah sebagai Guru Besar. Terlibat dengan pelbagai aktiviti pengurusan dan pentadbiran mendorongkan beliau untuk mendalami ilmu kaunseling. Walaupun secara PJJ, beliau berjaya memperoleh Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dari UPM.

Mempunyai pengalaman yang luas sebagai Jurulatih Kebangsaan Kurikulum Sains Sekolah Rendah dan juga Jurulatih Pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI/ETeMS). Juga sebagai Ketua Pemeriksa Sains UPSR. Dalam tahun 2003, beliau telah dihantar mengikuti Program Sandaran oleh KPM dan Akademi Sains Malaysia ke Paris, Peranchis (selama lapan hari) untuk mengkaji pelaksanaan program ‘La main a la parte’- (hands on science programme) untuk tadika dan kanak-kanak sekolah rendah.

Beliau telah menghasilkan empat buku akademik sains sekolah menengah (1983-1986) dan lima pakej Buku Teks Sains sekolah rendah (2004-2009). Selain buku, beliau juga banyak menulis dan menghasilkan artikel yang diterbitkan dalam majalah dan buletin, serta kertas kerja untuk dibentangkan dalam bengkel dan seminar.

Selepas bersara dalam tahun 2010, beliau telah ‘disunting’ bertugas oleh sebuah syarikat penerbitan buku dan majalah kanak-kanak sebagai editor pengurus selama tujuh tahun. Selain mengurus kerja-kerja suntingan, beliau juga menjadi kolumnis dan menulis dalam beberapa majalah. Hasil penulisannya telah dikompilasi dan diterbitkan sebagai buku, buku bergambar dan komik.

Selepas bersara buat kali kedua dalam tahun 2017, beliau berjinak-jinak pula dengan penulisan kreatif. Sehingga kini, karya-karya beliau telah dimuatkan dan diterbitkan dalam 43 antologi pelbagai genre seperti kisah hidup, cerpen, anekdot, puisi dan travelog secara swaterbit dengan pelbagai penerbit termasuk AID Academy (11 antologi). Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menerima beberapa anugerah. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1996 dan 2004), Anugerah Kualiti Khidmat Lama Kategori Pemeriksa (SPM/UPSR) (2002). Dalam tahun 2006, beliau telah dianugerahi Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh DYMM Yang DiPertuan Agung dan Pingat Pekerti Terpuji (PPT) oleh DYMM Sultan Selangor. Untuk khidmat cemerlang semasa dalam perkhidmatan, beliau telah terpilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Daerah Gombak 2011. Penglibatannya dalam pelbagai aktiviti selepas persaraannya, telah menarik perhatian Kumpulan Wang Amanah Pesara (KWAP) untuk menerima Anugerah Ikon Pesara Kategori Pendidikan pada 2019.

Kini beliau meneruskan aktiviti perbukuan sebagai free lance writer and editor bersama AID Academy, Ahli Jawatankuasa USIM Writers’ Pool (UWP) dan ahli KEMUDI. Selain itu, beliau juga melibatkan diri dalam program-program kesukarelawanan dan educational events di sekolah-sekolah.
Picture
Mohd Yatim bin Dolir
Picture
Email : [email protected]
Picture
Picture
Nur Mardhiah binti Hj Mohd Rashid @ Adid Rashed
Picture
 Nur Mardhiah binti Hj Mohd Rashid, lebih dikenali sebagai Adid Rashed, bertugas di Bahagian Psikologi dan Kaunseling di sebuah agensi kerajaan. Beliau berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang Psikologi, Bimbingan dan Kaunseling, Khidmat Bantu Kemasyarakatan dan Kesukarelawanan di pelbagai agensi kerajaan, NGO dan Badan Korporat. Minat yang mendalam dalam bidang penulisan mendorong beliau untuk menghasilkan karya pelbagai genre selain puisi dan buku-buku self-help/ motivasi. Beliau terlibat menulis dalam 25 buah buku antologi serta beberapa buah buku solo dan buku antologi yang dalam proses penerbitan. Beliau aktif dalam perkongsian dalam bidang penulisan dan pernerbitan termasuk penulisan e-book. Beliau merupakan penulis siluman serta editor projek-projek penulisan AID Academy dan merupakan Ahli Jawatankuasa Usim Writers’ Pool (UWP). Beliau adalah pengasas bersama kepada MindTalks Consultancy & Publishing, MindRich Academy dan MindTutor.
Email : [email protected]
Picture
Nor Azian binti Azami atau nama penanya Azian Azami dilahirkan di Kampung Banggol Chengal, Pokok Sena, Kedah. Mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi dan Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium, Alor Setar Kedah. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Alor Gajah, Melaka dalam jurusan Pengurusan Pelancongan. Beliau bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di salah sebuah institusi di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau telah menceburi bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi dan kembali aktif menulis bermula tahun 2019. Beliau telah menghasilkan sebuah buku solo ‘Cinta Suri Hati Celoreng’ terbitan Hamare Group - 2022. 20 buah buku antologi cerpen dan puisi terbitan Bonda Nor Resources, AID Conference, Hamare Group, Writers Write, SYFE Management dan Wacana MBM (2019 -2021). Beliau juga pernah menulis rencana dan tersiar di MajalahSains (2020). Di samping itu, beliau aktif dalam aktiviti penulisan setelah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa AID Creative Writing International Committee (USIM Writers Pool). Beliau juga salah seorang editor AID Academy. Selain itu, beliau juga salah seorang pembimbing Karate Kids Writers.
Email : [email protected]
Picture
Nor Azian binti Azami @ Azian Azami
Picture
Picture
Picture
Puan M Mascitah
binti Mansor
Picture
Puan M Mascitah binti Mansor atau nama penanya GadiSawah berasal dari Jeneri, Sik, Kedah. Beliau ialah graduan ijazah Sarjana Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 2001 dan kini beliau merupakan Pensyarah di Divisyen Bahasa Melayu, Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak 2003. Sebelum bergerak secara aktif dalam penghasilan karya kreatif, beberapa artikel mengenai isu bahasa dan puisi hasil penulisan beliau pernah disiarkan dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemudian pada tahun 2020, khususnya setelah beliau menyertai Bengkel Penulisan Travelog di Universiti Islam Malaysia pada 2019, 11 buah karya penulisan bersama seperti anekdot, puisi, pantun, travelog kehidupan telah diterbitkan. Antara pihak penyelenggara yang menerbitkan karya-karya tersebut ialah USIM Writers Pool (UMP), AID Conference, Nuha Creative Resources, Wacana MBM, SYFE Management, WADAH dan beberapa penerbitan lain lagi. Beliau juga terpilih sebagai editor oleh pihak UMP dan AID Conference serta turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi UMP pada tahun 2020.
Email : [email protected]
Picture
Basri Zakaria berasal dari Ampang, Selangor. Kini menetap di Melaka. Bekerja sebagai Jurutera. Menghasilkan 3 karya solo dan 12 antologi puisi/anekdot. Pernah memenangi hadiah sastera utusan dan sayembara IPM. Juga sebagai pembantu editor di AID conference. Masih dikategorikan sebagai insan kecil dan ingin menapak lebih jauh lagi.
Email : [email protected]
Picture
Picture
Basri bin Zakaria
Picture
Picture
Norakmar
​Abd Rashid
Picture
Norakmar Abd Rashid pemegang Bachelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia (2002). Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (2019). Kini menjawat sebagai Pegawai Kaunseling selaku kaunselor berdaftar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan berpengalaman dalam bidang kaunseling selama 20 tahun. Pernah berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu sekolah menengah selama dua tahun.
 
Beliau mula menulis sejak dari zaman sekolah dan mula aktif terlibat dengan penulisan pada 2015 sebagai editor anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi Buku Amalan dan Pengurusan Kaunseling Terbaik di Sekolah dan Buku Amalan dan Pengurusan Displin Terbaik di Sekolah dan juga Antologi Tarian Tinta 3 (2023) terbitan AID Academy.
 
Pada 2016, sebagai penulis dan penerbit Modul Intervensi Kaunseling Bijak Emosi Sejahtera Hidup (BESH) serta telah memenangi anugerah Perak Pertandingan Inovasi Peringkat KPM.
 
Selain itu, terlibat sebagai panel penggubal Manual dan Inventori Kematangan Kerjaya Lembaga Peperiksaan Malaysia (2016), Instrumen Psikometrik Pendidikan Khas Lembaga Peperiksaan (2018), Manual Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi) edisi Organisasi (Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM) (2020) dan Manual Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi) edisi Pelajar (Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM) (2022).
 
Dalam bidang penulisan ilmiah merupakan penulis artikel dalam International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences bertajuk The Development, Validity and Reliability of Higher- Order Thinking Skills - Peer Appraisal Inventory (HOTS-PA) (2018) dan dalam e-prosiding terbitan AID Academy bertajuk Permainan Informasi Intervensi Minda Sihat (IIMS) sebagai Alat Psikopendidikan Kesejahteraan Psikologi (2022) serta dalam buku Isu-Isu Kaunseling dan Psikologi dalam Norma Baharu (2022). IIMS juga telah memenangi anugerah Best Extended Abstract Award
, Anugerah Silver International Inovation Competition 2022 anjuran AID Academy dan Anugerah Gangsa Pertandingan Inovasi Peringkat KPM 2022.
 
Dalam bidang karya kreatif, terlibat sebagai penulis puisi dalam Antologi Tarian Tinta (2020), Magisnya 02022020 (2020) dan Antologi Tarian Tinta 3 (2023). Selain itu karya diterbitkan dalam Ikhlas Jadilah Dirimu Yang Dicintai Tuhan (2020), Pengat Labu Kasih Sayang (2020), Anekdot Kalaulah Aku Termotivasi (2020) Lelaki Langit Kejora (2021), Kaunselor Bukan Tuhan (2022) dan Anekdot Bajet Seram (2023).
Beliau juga terlibat dalam penyelenggaraan buku sejak 2020 bagi penerbitan Pengat Labu Kasih Sayang dan Anekdot Bajet Seram (2023).
 
Atas sumbang bakti, beliau telah menerima anugerah Iskandar Malaysia School, Counsellor Award (2015), Anugerah Khas Dekan Sarjana UPSI (2019) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM (2007, 2012 dan 2020).

Picture
MASRIYAH MISNI. Berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Merupakan pensyarah kanan  di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Seorang yang berbakat,  berminat  dan berkecenderungan berkarya dalam genre puisi khususnya pantun dan sajak. Beliau aktif berkarya di bawah rumah penerbitan terkenal, antaranya AID Conference, KISMy, Pena Padu Press, SYFE Management, Nuha Creative Resources, Writers Write Services, PENYAIR dan juga PEMUISI. Setakat ini sudah menghasilkan 145 antologi pelbagai genre terutama  puisi iaitu pantun dan sajak, lapan buah buku cerita bergambar kanak-kanak dan sebuah kumpulan cerpen bertajuk Apabila Burung Pulang Petang (2022). Beliau juga berpengalaman menjadi penyelenggara dan penyunting projek penulisan bersama beberapa rumah penerbitan. Antaranya Sayap Impian (Pena Padu Press), Di sergah Tidak Rebah (Writers Write Services), Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat Negeri Sembilan (KISMy), Antologi Anekdot Zaman kanak-Kanak (KISMy), Tarian Tinta (AID Conference) dan beberapa lagi projek yang masih dalam proses. Kini beliau sedang dalam proses menyiapkan manuskrip 100 pantun teka-teki bergambar yang akan diterbitkan tidak lama lagi di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Email : [email protected]
Picture
Masriyah Misni
Picture
Picture
Picture
Faridah Binti Ngadim
Picture
Faridah binti Ngadim atau Adinda Rindu (Nama Pena) merupakan seorang guru. Saya dilahirkan di Batu Pahat dan dibesarkan  di Paloh, Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di SK Bandar Paloh (1) sebelum meneruskan persekolahan di SMK Paloh sehingga tingkatan 5 dan SK Tinggi Kluang, Johor hingga ke tingkatan 6. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor. Semasa mengajar saya menyambung pelajaran ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dan seterusnya ke Peringkat Sarjana dalam bidang pendidikan. Saya tinggal di Batu Pahat, Johor. Mengajar hampir 27 tahun. Sekarang mengajar dalam daerah Tangkak. Menjawat jawatan sebagai Guru Besar di salah sebuah sekolah di daerah Tangkak. Sebelum menjadi Guru Besar, saya mengajar subjek Bahasa Melayu selama hampir 25 tahun dan pernah menjadi penanda kertas Bahasa Melayu Penulisan selama 12 tahun. Berminat dalam bidang penulisan sejak di sekolah menengah lagi. Pernah menyertai beberapa pertandingan menulis cerpen dan mengarang sajak. Kerap menjadi juri dalam pertandingan menulis esei dan puisi sekolah rendah. Saya juga kerap menyertai beberapa penulisan antalogi puisi, iaitu Puisi Kemerdekaan, Puisi Hari Guru Jilid 1, Antalogi Hari Puisi dan yang terkini Puisi Cinta Itu Indah.
Picture
MOHD HUZAIFI BIN MAT AIL atau nama penanya Huzaifi M.A merupakan seorang pendidik di MRSM dan penuntut jurusan Doktor Falsafah (Sosiologi Pendidikan) di UKM Bangi, Selangor. Ahli Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Persatuan Penulis Sarawak, Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR), USIM Writers Pool, Ikatan Persuratan Melayu Melaka, Persatuan Pemuisi Nasional (PEMUISI) & PENAWAN. Beliau pernah memenangi Johan dalam Sayembara Penulisan Peringkat Kebangsaan (HPM) 2019, Johan Menulis Esei Peringkat Kebangsaan (ESentral) 2020, Johan Penulisan Esei Kemerdekaan 2021, Naib Johan Pertandingan Menulis Esei USIM Peringkat Kebangsaan dan banyak lagi. Penulisan beliau banyak tersiar dalam akhbar Suara Sarawak, Utusan Borneo,Berita Harian, Dewan Siswa, Harian Ekspres dan Jejak Tarbiah. Com. Cerpen beliau pernah tersiar di akhbar tempatan antaranya Virtual Duka Belantara & Diari Buat Baidaitul Alya. Lima karyanya termuat dalam Siri Anekdot dan Bumi Kehidupan (Bunga, Desa, Pasar, Perawat & Jentera). Beliau juga merupakan Editor Himpunan Anekdot Kalaulah Aku Termotivasi & Antologi Bianglala Kehidupan terbitan AID Conference. Beliau menerima beberapa pengiktirafan penting dalam kerjayanya antaranya ialah Anugerah Guru Cakna Budiman MARA (2022), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2021), Anugerah Khas Pengetua (2021), Anugerah Inovasi Pendidikan (2019), Anugerah Jurulatih Terbaik Kokurikulum (2021) dan Top 50 Cikgu Kickstart Award Peringkat Kebangsaan (2020). Kini,beliau menjadikan hobi menulis sebagai bidang yang bergerak seiring dan memberi nilai tambah kepada kerjaya perguruannya.
Picture
Mohd Huzaifi bin Mat Ail
Picture
Picture
Picture
Ainal Marhaton Binti Abd Ghani
Picture
Ainal Marhaton binti Abd Ghani dilahirkan di Kuantan, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teruntum, seterusnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib  di Kuantan dan Cambridge College, Johor Bahru. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Sebaran Am, ITM pada 1987 (kini di kenali Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan Komunikasi (FKPM-UiTM) dalam bidang kewartawanan. Memulakan kerjaya sebagai wartawan sambilan di Berita Harian Kuantan selama setahun (1988). Selepas berhenti selama 20 tahun, beliau kembali bertugas di organisasi sama bermula April 2008-Oktober 2018. Pernah bertugas sebagai penyumbang kandungan selama setahun di Utusan Malaysia (2021), Beliau mula aktif menulis cerpen berkisar dunia kanak-kanak dan remaja yang disiarkan di majalah Dewan Pelajar, Kuntum, Ana Muslim, Mingguan Wanita, sisipan Berita Harian. Pernah menyertai bengkel penulisan secara personal dan berkumpulan mulai 2019 seperti bengkel Ghostwriter, bengkel penulisan kisah hidup, bengkel anekdot dan cerpen dibawah Ainon Mohd, Munshi Mohamad Musip, Sri Diah Shaharuddin, Iera Yusof dan Akademi Bonda Nor. Ketika bekerja di akhbar pula, beliau lebih fokus pada penulisan rencana (pelancongan, ilmiah, sukan, kisah hidup, sukan lasak) dan berita semasa berkaitan masyarakat juga membabitkan program kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan sektor korporat. Bermula 2020 beliau mula aktif menyertai projek antologi di pelbagai rumah penerbitan. Sehingga kini sudah menghasilkan hampir 60 karya pelbagai genre seperti kisah hidup, cerpen dan anekdot. Pernah memenangi Anugerah Media Pahang - DRB HICOM dua tahun berturut-turut menerusi Anugerah Penulisan Rencana Bahasa Melayu terbaik (2017) dan Anugerah Penulisan Sukan Terbaik (2018). Memenangi dua Anugerah Pengkarya Penulisan Karya Kreatif – Antologi Dia Yang Ku Panggil Cikgu sempena Hari Guru 2022 dan dan Selangkah Ke Alam Aksara (Kategori Cerpen) serta Anugerah Penulis Prolifik 2021/2022 bersama kumpulan penulis MAHAKARYA.
Picture
Dr. ASMAWATI MOHAMAD ALI merupakan pensyarah kanan dan Subject Matter Expert (SME) Unit Pengajian Am Matrikulasi, Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial, Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Memiliki Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dan minor Bahasa Melayu UPM, Diploma Siswazah dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA, USIM) dan Sarjana Pendidikan (B&K) serta Ijazah Kedoktoran (Pengajian Kurikulum), UPSI. Memperoleh tajaan Esso Fund and Education, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Terengganu dan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) KPM. Merupakan Kaunselor Berdaftar (K.B.) di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia, KPWKM dan Ahli Seumur Hidup Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA) serta Persatuan Kaunseling Pendidikan Malaysia (PEKA). Bergiat aktif selaku mentor, fasilitator, penceramah, juri profesional pelbagai pertandingan inovasi, sidang editor, panel penilai serta pembentang kertas kerja penyelidikan di dalam dan juga luar negara. Telah menghasilkan pelbagai genre penulisan ilmiah dalam penerbitan buku, prosiding, manual, modul, artikel jurnal, geran penyelidikan dan karya kreatif. Juga telah memenangi pelbagai anugerah selain memperoleh pengiktirafan dalam bidang pendidikan dan sains sosial peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Picture
Dr. Asmawati Mohamad Ali
Picture
Picture
Picture
Mariatul Kibtiyah binti Silahudin Jarjis
Picture
SRI INTAN PURNAMA, atau nama sebenarnya, Mariatul Kibtiyah Binti Silahudin Jarjis, adalah anak jati kelahiran Kuala Lumpur. Lulusan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris di UPM, Serdang, dan Penterjemahan Teks Saintifik dan Teknikal Persatuan Penterjemah Malaysia ini kini berkerja sendiri dalam bidang konsultasi, penulisan, serta sebagai penilai dan konsultan pembangunan mampan SustNet-GPM Award. Beliau berimpian untuk meluaskan potensi dalam sebanyak bidang yang mampu diceburi. Beliau juga penggiat dalam usaha membina tabiat membaca dan pemikiran kritis yang lestari bagi meningkatkan tabiat membaca di kalangan generasi belia Malaysia. Tahun 2023 merupakan detik istimewa dia mula aktif berkarya. Antara hasil karyanya ialah sumbangannya dalam ebook antologi puisi, Doa untuk Turkiye-Syra, serta dalam projek-projek AID seperti Antologi Tinta 4, Anekdot Peluang Kedua, dan Antologi Coretan Emosi, diinspirasikan dari pemerhatiannya dan pengalaman hidupnya sendiri.
Email : [email protected]
Picture
Mokhtar Omar merupakan anak jati kelahiran Kulai, Johor. Bekerja sebagai guru di sekitar daerah Kulai (1989-2004). Pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit ICT dan Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (2004-2020). Berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan (TVET), UTHM. Kini bersara daripada perkhidmatan awam. Aktif menulis karya kreatif sejak sekolah dan kolej. Aktif menjalankan aktiviti penerbitan dan penulisan sebagai penulis,  editor dan penerbit serta menganjurkan bengkel penulisan secara bersemuka dan dalam talian. Menulis dalam pelbagai genre seperti anekdot, sajak, cerpen, modul dan rencana. Lebih 40 buah buku telah dihasilkan secara solo dan berkumpulan.

Email : [email protected] ​
Picture
Mokhtar bin Omar
Picture
Picture
Picture
Rohana binti Rahmat
Picture
Rohana binti Rahmat dilahirkan pada 16 Ogos 1969. Pesara guru yang telah berkhidmat selama 30 tahun.  Amat berminat dalam bidang penulisan dengan mengikuti kursus secara dalam talian dan bersemuka.  Telah memiliki sebuah buku solo, berbelas-belas antologi cerpen, certot dan puisi.
Email : [email protected]
Picture
Wee Kee Quan merupakan seorang guru akademik yang mengajar di sekolah kerajaan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah) dari Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Melayu) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 2022, beliau telah dilantik sebagai penyelidik Program BIJAK BM di Bawah Inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu. Sejak tahun 2023, beliau terpilih sebagai ahli jawatankuasa akademik Academic International Dialogue (AID Academy). Sehubungan itu, beliau telah dilantik sebagai penilai International Conference on Communication, Management and Humanities (ICCOMAH IV) dan International Conference on Social Sciences and Humanities (ICOSAH VII). Pada tahun 2023, beliau telah dianugerahkan sebagai Google Certified Educator. Pada tahun 2024, beliau juga telah dilantik sebagai penilai International Journal of Communication, Management and Humanities (IJCoMaH). Beliau telah menulis beberapa artikel tentang Pendidikan Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam majalah. Mulai tahun 2025, beliau turut berkecimpung dalam penulisan kreatif dan terpilih sebagai editor buku terbitan AID Academy.
Email : [email protected]​
Picture
Wee Kee Quan
Picture
We Would Love to Hear from You!

Email :
[email protected]

Like us on Facebook:
Picture
Follow us on
​Instagram:
Picture

Visitor