JOIN US
SERTAI KAMI
Jangan ketinggalan menjadi sebahagian daripada warga AID Academy!
Jadilah keluarga besar AID Academy dan rebut pelbagai peluang dengan menjadi AJK Akademik AID Academy atau Editor AID Academy.

Apakah perbezaan antara AJK Akademik AID Academy dan Editor AID Academy?
AJK Akademik AID Academy membantu mempromosi program-program akademik anjuran AID Academy terutamanya persidangan antarabangsa dan pertandingan inovasi yang dijalankan dua kali setahun. Selain itu, AJK Akademik AID Academy juga diberi peluang membantu sebagai penilai abstrak, penilai kertas kerja, juri, moderator dan pelbagai peranan akademik lain termasuklah penceramah jemputan bagi program-program akademik AID Academy.
Editor AID Academy pula lebih bertumpu kepada tugas-tugas menyunting buku karya kreatif terbitan AID Academy. Tugas sebagai editor tidak berbayar dan nama editor dicetak di muka hadapan buku serta mendapat imbalan sejumlah naskhah buku yang disunting. Tugas sebagai penyelenggara buku pula membantu dari segi aspek penyelenggaraan dan pengurusan buku dan tugasan ini berbayar. Umumnya, kumpulan editor dan penyelenggara AID Academy ditubuhkan untuk membantu proses penerbitan buku-buku swaterbit terbitan AID Academy.
Bagaimanakah untuk menjadi sebahagian daripada AJK AID Academy?
Semua orang boleh menghantar permohonan untuk menjadi AJK AID Academy (atau bagi AJK sedia ada, memperbaharui tempoh lantikan AJK). Untuk saringan awal, calon boleh menghantar e-mel permohonan beserta CV lengkap ke [email protected] dengan subjek: Permohonan sebagai AJK Akademik AID Academy.
Calon yang terpilih dalam saringan akan menerima e-mel berkaitan dan wajib menyokong program yang dikhaskan untuk para AJK. Misalnya, program Seminar Akademik Bulanan (SAB) adalah pakej yang diwajibkan bagi AJK AID Academy sesi 2022. Pembelian buku dibuat bagi AJK terpilih dan percuma mengikuti seminar bulanan yang berbentuk perbincangan berkisar dunia akademik dan penulisan. AJK juga boleh mencadangkan diri sebagai penceramah jika tajuk yang dibincangkan selari dengan kepakaran dan pengalaman mereka.
Untuk permohonan sebagai AJK AID Academy tahun 2023, calon yang terpilih boleh menyokong program Wakaf Buku AID Academy yang akan diuruskan sepenuhnya oleh AID.
Apakah kelebihan menjadi AJK AID Academy?
Banyak kelebihan yang akan diperoleh sekiranya terpilih sebagai AJK di AID Academy. Selain tidak melaksanakan tugasan berbentuk pengkeranian, AJK Akademik diberikan peluang untuk memilih peluang-peluang tugasan akademik yang ada mengikut kesesuaian masa masing-masing. Misalnya, AJK boleh memilih untuk menjadi juri pertandingan inovasi atau penceramah jemputan malah perucap tama dalam persidangan antarabangsa yang dianjurkan AID Academy. Tugasan ini tidak berbayar namun mendapat nilaian yang tinggi dalam bidang akademik dan membantu para AJK AID Academy meningkatkan prestasi diri serta boleh digunakan untuk tujuan permohonan kenaikan pangkat.
AJK Aid Academy juga diberi peluang-peluang untuk berkongsi dalam program-program anjuran AID Academy yang berteraskan penulisan, yang rata-rata diurus tadbir oleh kumpulan Editor AID Academy. Misalnya, bagi program seminar penulisan, AJK AID Academy boleh membantu sebagai moderator seminar atau emcee acara. Peluang-peluang ini hanya dibuka kepada AJK Aid Academy dan hanya dibuka kepada umum andainya tiada AJK dalaman yang berkelapangan.
Bagaimanakah untuk menjadi editor AID Academy?
Kumpulan Editor AID Academy pula boleh dipohon dengan menghantar CV yang menunjukkan pengalaman sebagai editor buku karya kreatif dalam bahasa Melayu. E-melkan CV kepada [email protected] dan lampirkan CV untuk disaring. Fokuskan CV terhadap pengalaman dalam bidang penulisan serta tugas-tugas penyelenggaraan andainya ingin memohon sebagai penyelenggara buku-buku terbitan AID Academy.
Apakah kelebihan menjadi kumpulan editor AID Academy?
Sebagaimana praktis umum dalam bidang penerbitan, editor karya tidak dibayar dengan wang ringgit. Begitu juga di AID Academy. Namun, peluang ini memberi latihan yang baik kepada penulis untuk menyunting serta boleh dimasukkan dalam CV masing-masing untuk pelbagai tujuan dan antaranya adalah kenaikan pangkat. Nama editor karya dicetak di kulit hadapan buku yang disunting dan imbalannya ialah naskhah percuma untuk editor. Amalan biasa di AID Academy ialah memberi sehingga 20 naskhah percuma kepada setiap editor yang terlibat. Ini adalah sejumlah naskhah percuma yang sangat tinggi jumlahnya berbanding dengan rumah-rumah penerbitan yang lain.
Selain itu, editor juga diberi keutamaan untuk menjadi pembicara atau penceramah bagi bengkel bengkel dan seminar penulisan anjuran AID Academy. Bagi bengkel bengkel, bayaran diberikan kepada penceramah namun bagi seminar percuma yang dijalankan, penceramah menerima sijil digital dan plak penghargaan yang diposkan. Peluang seperti ini memberi ruang kepada kumpulan editor AID Academy untuk dikenali dalam komuniti penulis selain semakin yakin untuk berkongsi pengalaman. Sehingga kini, peluang sebegini yang diberikan telah menaikkan nama beberapa penulis dan mula menerima jemputan daripada pelbagai pihak. Dengan ini, lebih banyak ilmu dapat dikongsikan dan ilmu penulisan dapat dimasyarakatkan dengan lebih berkesan.
Sebarang soalan berkaitan permohonan sebagai AJK AID Academy dan/atau editor AID Academy boleh bertanya kepada Dr Siti Suriani Othman selaku Pengacara Tempatan (Local Host) AID Academy di [email protected] atau +6016-3037242.