Dari Sekolah
Segmen Dari Sekolah adalah salah satu segmen yang diwujudkan dalam akhbar atas talian AID Online selain beberapa segmen lain iaitu Isu Semasa dan Minda Siswa.
Segmen ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada guru, pelajar sekolah rendah dan menengah untuk berkongsi bakat penulisan dan kreativiti mereka melalui penerbitan penulisan dan karya berbentuk kreativiti seperti hasil mewarna atau gambar-gambar origami dan sebagainya yang dibuat di sekolah. Segmen ini mempunyai dua ruangan iaitu untuk Penulisan dan Kreativiti.
Kepada guru atau pelajar sekolah yang berminat berkarya, penulisan yang dihantar adalah dalam bentuk penulisan rencana atau berita.
Namun pihak editorial mempunyai kata putus untuk menerbitkan sesebuah karya sama ada dengan gambar atau sebaliknya. Selain itu, setiap karya juga perlu mempunyai nama penuh penulis, jawatan, alamat tetap, alamat organisasi, nombor telefon dan email.
Bagi pelajar sekolah rendah, mereka boleh menghantar penulisan yang berbentuk bebas, misalnya esei yang baik yang ditulis di sekolah, atau apa-apa hasil penulisan tanpa had minimum jumlah perkataan. Untuk ruangan Kreativiti pula, pelajar boleh berkongsi apa-apa hasil kegiatan yang berbentuk kreatif beserta nama pelajar, kelas, alamat sekolah, nombor telefon penjaga atau guru dan email (jika ada).
Penghantaran karya dalam bahasa Inggeris juga turut dipertimbangkan untuk penerbitan AID Online.
Karya hendaknya dihantar ke alamat email [email protected]
Sidang Editorial Dari Sekolah

- Bagi penulisan berbentuk rencana, kepanjangan karya adalah minimum 500 patah perkataan dengan maksimum 1000 patah perkataan.
- Bagi penulisan berita, kepanjangan minimum ialah lapan para dengan maksimum 15 para. Setiap karya digalakkan dihantar beserta dengan gambar, terutama bagi karya berbentuk berita.
Namun pihak editorial mempunyai kata putus untuk menerbitkan sesebuah karya sama ada dengan gambar atau sebaliknya. Selain itu, setiap karya juga perlu mempunyai nama penuh penulis, jawatan, alamat tetap, alamat organisasi, nombor telefon dan email.
Bagi pelajar sekolah rendah, mereka boleh menghantar penulisan yang berbentuk bebas, misalnya esei yang baik yang ditulis di sekolah, atau apa-apa hasil penulisan tanpa had minimum jumlah perkataan. Untuk ruangan Kreativiti pula, pelajar boleh berkongsi apa-apa hasil kegiatan yang berbentuk kreatif beserta nama pelajar, kelas, alamat sekolah, nombor telefon penjaga atau guru dan email (jika ada).
Penghantaran karya dalam bahasa Inggeris juga turut dipertimbangkan untuk penerbitan AID Online.
Karya hendaknya dihantar ke alamat email [email protected]
Sidang Editorial Dari Sekolah
- Mohd Yatim Dolir
- Sahar Misron
- Nur Mardhiah Mohd Rashid
Penulisan
PANTUN
MATEMATIK Masuk ke kelas bertemu guru, Senyum dihadiahkan dengan ikhlas, Niat dan azam dimulakan yang baru, Tindakan bermula tanpa culas. Indahnya bahasa dalam Matematika, Karya sasterawan al-Khawarizmi, Bijak algebra dan juga algoritma, Tokoh matematik cinta bersemi. Guru mengajar bermula yang mudah, Y = mx + c satu persamaan, Subjek Matematik nampaklah mudah, Jika mengikut formula diberikan. Ekspreskan satu bentuk persamaan, Pelajar mula bersikap serabut, Cikgu tunjukkan jalan pengiraan, Perasaan tenang mula menyambut. Cikgu mengajar budak berlari, Untuk menunjukkan jarak larian, Kelajuan larian pelajar mencari, Selepas habis peluh pakaian. Cikgu ajak pelajar mengerti, Tentang tajuk satu bulatan, Keindahan perinciannya pabila mengerti, Terus disimpan dalam ingatan. Cikgu terangkan seni lukisan, Seninya bukan yang biasa-biasa, Banyak plot sudah dilukiskan, Alangkah seronok ilmu perkasa. Kelopak bunga indan nian, Yang asyik dikaji si cucu nyonya, Turutan Fibonacci meniadi tarikan, Jika saudara teliti orangnya. Ilmu dicurahkan terlalu banyak, Dibawa masuk setiap periksa, Setelah berjaya pergi Sarawak, Jangan lupa insan berjasa. Matematik mudah jikamu optimis, Buatlah latihan dengan masa terluang, Wahai generasi berfikiran kritis, Jangan putus asa sebelum berjuang! Ciptaan : Azreen Nurhidayah Binti Sharudin
17 Tahun Maktab Rendah Sains MARA Muar, Johor |
SAJAK
HIDUPKU DAN MATEMATIK Tanggal 31 oktober 1998 aku dilahirkan , Saat demi saat detik demi detik yang dinantikan telah tiba , Setelah 9 bulan di dalam rahim ibuku, Bermulalah kehidupanku sebagai perantau di dunia ini . Satu dua tiga, Wah,bijaknya aku , Mengira permainanku, Seawal usiaku 2 tahun, Aku sudah mengerti erti matematik , Itulah ajaran ibubapaku kepadaku , Tanpa matematik aku tidak tahu apa itu nombor. Ketika ayah membeli kami sebuah kek , Aku bahagikan kepada sepuluh , Wah bijaknya aku, Membahagikan kek sama rata kepada adik-adikku, Tanpa matematik aku tidak tahu erti berkongsi . Saat di alma mater , Ayah memberi bekalan wang , Aku membeli makananku sendiri, Wah bijaknya aku , Menguruskan perbelanjaanku, Tanpa matematik aku tidak tahu menggunakan wang. Usiaku meningkat, Aku mula berusaha mencari pendapatan , Aku berniaga di pasar tani, Rugi dan untung segalanya aku tanggung, Wah bijaknya aku, Mengawal keluar masuk wangku, Tanpa matematik aku tidak tahu erti perniagaan. Matematik mengajarku, Apa itu nombor, Matematik mengajarku, Tambah tolak darab bahagi, Matematik mengajarku, Erti berkongsi, Dan matematik mengajarku, Terus hidup dalam kehidupan. Hingga hujung hayatku, Tujuh kaki dalam menungguku, Tamatlah sudah segala perjuanganku, Hingga ambang kematian matematik tidak pernah terpisah. Nukilan : Nur Syafiqah Binti Mohd Nazri
17 Tahun Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor |
Zahratul Iman binti Ahmad Izzudin
8 Tahun
Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin
8 Tahun
Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin
Kreativiti
Athirah Najeeha binti Mohd Zamri
Lukisan semasa umur 12 Tahun
SMKA PUTRAJAYA
Lukisan semasa umur 12 Tahun
SMKA PUTRAJAYA
Afifah Nazihah binti Mohd Zamri
8 Tahun
Sekolah Rendah Islam Nurul Huda
8 Tahun
Sekolah Rendah Islam Nurul Huda
Zahratul Iman binti Ahmad Izzudin
8 Tahun
Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin
8 Tahun
Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin
Rauhatul Jannah binti Ahmad Izzudin
4 Tahun PASTI Al-Ikhwah |
Wardatul Islam binti Ahmad Izzudin
7 Tahun Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin |
Izzul Haris bin Ahmad Izzudin
5 Tahun PASTI Al-Ikhwah |