AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
ISYARAT RAHSIA BANTU MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA
Oleh: Yasmin Athirah binti Mohd Salleh, 1171817
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 23 July 2020
Picture
Tanpa kita sedari, ramai mangsa keganasan terperangkap di rumah mereka sendiri lebih-lebih lagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa mulai 17 Mac lalu.

Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) menyatakan, panggilan meminta bantuan yang mereka terima meningkat sebanyak 14 peratus dalam dua minggu pertama PKP dan melonjak ke 112.2 peratus sepanjang bulan April.

Senario ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, Talian Bantuan Keganasan Rumah Tangga Kebangsaan menerima lebih 2,000 panggilan berkaitan kes keganasan rumah tangga semasa tempoh pandemik. Di Australia, jumlah kes yang sama meningkat sehingga 75 peratus.

China pula merekodkan tiga kali ganda kes keganasan rumah tangga berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, jumlah panggilan meminta bantuan di Sepanyol pula meningkat sebanyak 12.4 peratus hanya pada dua minggu pertama perintah berkurung dilaksanakan.  
 
Berikutan peningkatan mendadak insiden keganasan rumah tangga di seluruh dunia, Yayasan Wanita Kanada melancarkan inisiatif Isyarat Meminta Bantuan pada 14 April 2020. Langkah serupa disusuli oleh Rangkaian Pendanaan Wanita (WFN) di Amerika Syarikat (AS) pada 28 April 2020.

Presiden WFN, Elizabeth Barajas-Roman menjelaskan, mereka telah menguji isyarat tersebut dan melihat hasil positif apabila beberapa mangsa keganasan yang menggunakan isyarat tersebut dapat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Perkara ini juga diakui oleh lebih 40 organisasi di seluruh Kanada dan AS sebagai kaedah yang berguna dalam memerangi keganasan rumah tangga.

Penggunaan isyarat ini menerima pujian yang meluas daripada organisasi berita tempatan dan antarabangsa kerana membantu dalam menyediakan penyelesaian moden terhadap kes keganasan rumah tangga.

Melalui kaedah ini, wanita, kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang berada dalam keadaan terancam di rumah mereka boleh menggunakan isyarat tangan untuk meminta bantuan semasa membuat panggilan video atau bersiaran secara langsung dalam media sosial.

Isyarat tangan itu membantu mangsa keganasan untuk memberitahu seseorang bahawa mereka dalam keadaan bahaya tanpa diketahui atau dikesan oleh pendera atau pelaku keganasan rumah tangga.

Memandangkan insiden keganasan rumah tangga merupakan masalah yang berlaku secara berterusan, penggunaan isyarat ini tidak terhad semasa tempoh perintah berkurung sahaja.

Mangsa keganasan rumah tangga cuma perlu menghadapkan tapak tangan ke arah kamera atau seorang individu yang lain dan seterusnya melipat ibu jari yang kemudian ditutup dengan empat jari yang lain.
Picture
Picture
Bagi mereka yang melihat isyarat ini, adalah sangat penting untuk tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan mangsa. Sebaik-baiknya hubungi pihak berkuasa dengan segera.

Timbalan Presiden Yayasan Wanita Kanada, Andrea Gunraj mengesyorkan supaya mereka menelefon mangsa dan bertanya soalan yang hanya memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’.

Contohnya, pertanyaan seperti “Adakah awak ingin saya menghubungi 999?” atau “Adakah awak mengalami sebarang kecederaan?”.

Soalan-soalan sebegini membolehkan mangsa diberi bantuan sewajarnya tanpa menimbulkan kecurigaan pada pelaku keganasan rumah tangga.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor