MASALAH KEWANGAN, CAMPUR TANGAN KELUARGA PUNCA UTAMA PASANGAN ISLAM BERCERAI
Oleh: Nur Shahirah binti Omar, 1171108
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 2 April 2020

“Mak cik dah bercerai!” tutur Anis sambil membuntangkan matanya.
“Biar betul kau ni angah? Selama ni akak tengok mak cik dengan pak cik tak ada masalah pun,” balas Nadia.
“Angah pun tak tahu kak. Ibu kata dari dulu mak cik suka pendam. Mungkin sebab tulah dia tak nak bagitahu kita masalah dia.”
Nadia memandang wajah adiknya yang sayu. “Nasi dah jadi bubur angah, kita doa yang baik-baik untuk mak cik”
“Insya-Allah, tapi angah tahu kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang, kan kak?”
Nadia terus memeluk Anis untuk menenangkan adiknya itu. Dia tahu adiknya sedih dengan berita yang baru sahaja diterima. Malah, dia sendiri tiada jawapan kepada persoalan adiknya itu.
Sedih. Itulah perasaan yang terbuku dalam hati saat kita mengetahui ada ahli keluarga atau sanak saudara yang bercerai. Sudah tentu pasangan yang mengalami proses perceraian itu sendiri berasa lebih sedih.
Peribahasa menyatakan ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Andai masa dapat diputarkan semula, pasti pasangan yang bercerai cuba memperbaiki masalah dalam mahligai perkahwinan yang dibina agar ia dapat bertahan hingga ke akhir hayat.
Secara purata, terdapat satu kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam di Malaysia bagi setiap 15 minit. Statistik dalam kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mendapati sebanyak 47,740 kes perceraian dicatatkan di Malaysia pada tahun 2012. Jumlah itu menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tahun 2004.
Terdapat banyak punca yang mendorong kepada perceraian. Berdasarkan Statistik Tribunal Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bagi tempoh 2013 hingga 2019, masalah kewangan menjadi punca utama perceraian dengan melibatkan sebanyak 17,359 kes.
Selain itu, sejumlah 6,574 kes perceraian berpunca daripada campur tangan pihak ketiga seperti mentua dan ipar-duai manakala 4,884 kes melibatkan penderaan fizikal dan mental.
Melihat kepada situasi ini, jelas bahawa setiap pasangan perlu mempunyai perancangan kewangan yang kukuh kerana ia memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan ekonomi keluarga.
Ilmu berkaitan kewangan perlu diterapkan seperti menyimpan wang untuk masa hadapan atau merekodkan setiap wang yang diterima dan dibelanjakan setiap bulan. Usahlah terlalu bergantung harapan untuk menerima ‘durian runtuh’ tanpa berusaha gigih mencari rezeki.
Kesabaran yang tinggi juga amat diperlukan bagi menepis gangguan pihak ketiga dan mengawal sifat marah atau bengis yang boleh memporak-perandakan rumah tangga. Sememangnya, alam rumah tangga memerlukan tanggungjawab yang tinggi serta toleransi antara suami dan isteri.
Walaupun perceraian adalah satu jalan yang dibenarkan Islam untuk keluar dari masalah keretakan rumah tangga, sebaik-baiknya biarlah ia menjadi pilihan terakhir. Fikirlah sedalam-dalamnya sebelum melafazkan talak. Kenanglah saat-saat indah semasa masih baru mendirikan perkahwinan.
Bagi pasangan yang mempunyai anak-anak kecil, tataplah wajah mereka. Cuba bayangkan apa perasaan anak-anak sebaik sahaja mengetahui ibu bapa mereka tidak lagi tidur sebantal serta tinggal sebumbung.
Renungkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r. a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.” Akhir kata, pasti ada penyelesaian yang lebih baik terhadap masalah rumah tangga selain daripada perceraian.