AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
MENANGKIS MITOS TENTANG PARABEN DALAM PRODUK KOSMETIK
Oleh: Nur Amirah binti Zolkepli, Pelajar Tahun Tiga, Program Komunikasi,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Disiarkan pada 21 July 2020
Antara dilema yang sering dihadapi oleh golongan wanita adalah mencari produk penjagaan yang sesuai dengan kulit wajah mereka, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Salah satu bahan kimia dalam produk penjagaan wajah yang dikhuatiri mempunyai kesan sampingan yang buruk adalah paraben. Dikatakan paraben boleh menyebabkan kanser. Sejauh manakah kebenaran dakwaan itu?

Sebagai seorang wanita, saya juga terpengaruh dengan dakwaan kesan buruk paraben terhadap kulit wajah. Akibatnya, saya selalu mengambil masa yang lama untuk membaca maklumat tentang bahan-bahan yang terkandung dalam setiap produk kosmetik.

Sekiranya produk itu mengandungi paraben, tanpa berfikir panjang, saya terus beralih mengambil produk lain.

Paraben merupakan bahan kimia yang bersifat antibakteria dan antikulat yang digunakan untuk memanjangkan tempoh luput produk.

Seperti yang dijelaskan oleh pakar kulit terkenal, Dr Hasbi dalam tulisannya, terdapat tiga jenis paraben yang selamat digunakan oleh manusia iaitu methylparaben, butylparaben dan propylparaben.

Pandangan itu diperkukuhkan lagi melalui kajian yang dijalankan oleh Cosmetic Ingredient Review (CIR) pada 1984 bagi menguji tahap keselamatan ketiga-tiga jenis paraben tersebut dalam produk kosmetik.

Kajian CIR itu mengesahkan bahawa produk yang mengandungi 25 peratus paraben atau kurang adalah selamat untuk digunakan. Kebiasaannya, produk kosmetik hanya mengandungi antara 0.01 peratus hingga 0.3 peratus paraben sahaja.

Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) turut mengesahkan produk yang mengandungi paraben adalah selamat untuk digunakan.

Memang ada produk komestik yang tertera perkataan ‘bebas paraben’ yang sebenarnya bagi menjelaskan kepada pengguna bahawa ia selamat digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit muka sensitif.

Setelah meneliti fakta-fakta tersebut, kita boleh merumuskan bahawa paraben adalah selamat untuk digunakan.

Sebagai pengguna kita seharusnya bersikap lebih bijak dalam memilih produk yang selamat untuk diri kita dengan bersandarkan maklumat yang sahih.

Tidak dinafikan, setiap produk kosmetik mengandungi peratusan kecil bahan kimia bagi mengekalkan kualitinya untuk tempoh yang panjang.

Namun, terpulang kepada kita sendiri untuk mempertimbangkan produk kecantikan yang sesuai dan selamat untuk kulit serta berada dalam lingkungan harga yang berpatutan.
Picture
Picture
Picture
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor