AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
MINAT BACAAN SANTAI BUKAN BERMAKNA KURANG CERDIK
Oleh: Aina Fatini binti Aminuddin, 1172445
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 18 July 2020
Picture
‘‘Lihatlah anak muda zaman sekarang, suka menghabiskan duit, masa dan tenaga pada benda yang sia-sia,’’ kata orang tua-tua. Jangan dibandingkan anak muda zaman sekarang dengan anak muda zaman dahulu.

Setiap zaman berbeza dan perbuatan membanding-bandingkan ini akan berterusan sampai bila-bila.

Anak muda zaman sekarang lebih terbuka pemikirannya, malah kadang-kadang kerana terlalu terbuka, mereka lebih bijak dan kadang-kadang ‘terlalu bijak’ dengan selera dan kemahuan.

Ada pepatah yang sering diulang-ulang, ‘‘Jangan menilai buku daripada kulitnya.’’ Percayalah bahawa pepatah ini sudah tidak relevan lagi bagi anak muda zaman ini.

Anak muda memang suka menilai sesuatu dari luaran dan hal ini terlihat daripada gaya pemakaian dan berbagai-bagai peranti yang mereka miliki.

Penampilan luaran menjadi tema dalam kehidupan anak muda. Inilah antara gejala populariti bacaan santai yang mudah merajai segenap pilihan pembaca muda kini.

Dengan tajuk yang menangkap, bacaan santai menjadi pilihan anak muda berbanding bacaan ilmiah.

Oleh yang demikian, wajarkah kita mengatakan yang anak muda sekarang menuju zaman ketandusan intelek? Atas dasar apa? Siapakah yang bersalah jika fenomena ini terjadi?

Apabila satu jari menuding orang, empat jari menghala ke diri sendiri. Isu anak muda membaca bacaan bercorak santai ini sebenarnya sudah lama dibahaskan.

Pada awal 1990-an, anak muda sudah biasa membaca bahan santai,termasuk novel seram, pop cinta dan majalah komik.

Pada akhir 1990-an dan awal tahun 2000, fenomena komik dan manga pula menerobos masuk ke dalam pemikiran anak muda. Malah, fenomena ini masih lagi berkekalan sehingga sekarang.

Bacaan ilmiah atau arus perdana pula dilihat sarat dengan karya sastera yang terlampau tinggi ke langit.

Bagi anak muda, bahan bacaan sebegini tidak dapat meredakan kehausan mereka. Mereka sukakan hiburan dan dari bacaan santai sahajalah mereka memperolehinya.

Manusia mempunyai dua bahagian otak, yang masing-masing mempunyai kecenderungan pada logik atau emosi dan kecantikan.

Apabila pendidikan terlalu menumpukan logik, anak muda mencari hiburan dari bacaan alternatif yang lebih mudah dan santai sifatnya.

Dengan strategi pemasaran agresif dan penggunaan bahasa yang santai dan sesekali kasar (tidak semua), cepat sahaja menarik minat golongan muda.

Oleh yang demikian, ada yang berpendapat, nilai ilmu menjadi semakin rendah kerana orang yang bukan ahli menulis. Siapa yang peduli? Menulis bukanlah kerja golongan cendekiawan atau intelektual sahaja.

Apa gunanya kemahiran menulis jika manusia dihalang untuk menulis? Sejarawan dan ajli bahasa Amerika, Noam Chomsky pernah berkata, kebanyakan golongan intelektual ialah hamba kuasa.

Anak muda mahu merobohkan tembok intelektual sebegini supaya dapat mencapai pencerahan abadi yang tidak terikat dengan perhambaan kuasa.

Menyalahkan anak muda kerana minat merupakan suatu penghinaan terhadap diri kita sendiri.

Tiada guna kita mengambil contoh zaman pencerahan atau zaman apa-apa sahaja selagi pengarang tua hanya mahu duduk di kerusi empuk berhawa dingin sambil mengarang fiksyen dan menyalahkan anak muda apabila bacaan tersebut tidak dibaca oleh mereka.

Kehancuran intelektualisme pasti berlaku jika polemik salah menyalah tidak berhenti. Jika generasi sekarang dilihat hanyut, bimbinglah dengan ilmu dan budi. Jangan hanya tahu mengkritik.

Sebagai anak muda yang cintakan ilmu, amat merugikan apabila melihat ‘gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah’. Harus diingat, anak muda bukanlah pelanduk tetapi masa hadapan sebenar sebuah negara.
Picture
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor