AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
COVID-19: KITA HAMPIR MENANG
Oleh: Nur Azma binti Azib, 1170939
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 18 July 2020
Picture
Picture
Penguatkuasaan fasa terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki peringkat pemulihan menunjukkan usaha negara kita menangani pandemik COVID-19 semakin menghampiri kejayaan.

Usaha ini turut mendapat pujian dari negara-negara lain termasuk China. Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Ying Ru Lo memuji pendekatan diambil Malaysia bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Ramai pihak berpandangan bahawa pelaksanaan PKP oleh kerajaan Malaysia merupakan langkah yang tepat dan berkesan untuk memerangi COVID-19.

Sememangnya penguatkuasaan PKP yang bermula pada 18 Mac lalu adalah keputusan yang tepat oleh kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika diimbau kembali, fasa pertama PKP melibatkan larangan pergerakan rentas daerah dan negeri, perhimpunan beramai-ramai, aktiviti sukan, keagamaan, sosial dan budaya.

Rakyat diminta kekal berada di rumah masing-masing dan pasukan keselamatan khususnya polis dan tentera dikerahkan untuk menguatkuasakan arahan ini.

Fasa kedua PKP yang bermula pada 1 hingga 14 April 2020 pula menyaksikan kerajaan memberi kelonggaran terhadap sektor ekonomi penting.

Premis perniagaan seperti pasar raya dan stesen minyak dibenarkan beroperasi mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam manakala orang ramai dibenarkan bergerak dalam lingkungan 10 kilometer dari kediaman masing-masing.

Fasa ketiga PKP yang bermula pada 15 hingga 28 April menyebabkan umat Islam di negara ini menyambut Ramadan dengan norma baharu.

Mereka menunaikan solat sunat tarawih bersama keluarga di rumah manakala petang Ramadan tidak lagi dimeriahkan dengan penganjuran bazar Ramadan yang dilarang beroperasi bagi mengelakkan orang ramai berhimpun beramai-ramai.

Lebih banyak kelonggaran diberikan oleh kerajaan dalam fasa keempat PKP yang bermula dari 29 April hingga 12 Mei sebelum dilanjutkan dengan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei.

Kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi dibuka semula dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mulai 10 Jun lalu, PKPB ditamatkan dan digantikan dengan pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) sekali gus membolehkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dapat dilakukan semula mengikut SOP yang ditetapkan.

Lebih menggembirakan, KKM telah mengisytiharkan kluster COVID-19 terbesar di Malaysia iaitu Kluster Seri Petaling berakhir pada 8 Julai lalu.

Selain itu, pada 15 Julai, KKM menyatakan bahawa kes penularan tempatan mencatatkan angka sifar.

Berikutan itu, lebih banyak kelonggaran diberi oleh kerajaan termasuk pembukaan semula sekolah dan universiti secara berperingkat serta membenarkan perjalanan rentas sempadan negeri.

Namun, kelonggaran tersebut bukan bermakna orang ramai boleh mengabaikan SOP dan penjagaan kebersihan diri dengan sewenang-wenangnya.

Perlu diingatkan bahawa situasi COVID-19 di seluruh dunia masih belum reda sepenuhnya dan terdapat kemungkinan berlaku gelombang kedua yang lebih dahsyat.

Sehubungan itu, patuhilah arahan kerajaan berhubung pematuhan SOP PKPP agar penularan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya di negara ini.     

Usaha memerangi COVID-19 adalah tanggungjawab bersama dan rakyat Malaysia pasti boleh melakukannya.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor