AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
TUGASAN DI RUMAH TANGGUNGJAWAB SIAPA ?
Oleh: Aida Afiqah Binti Nazri, 1171095
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 18 July 2020
Pada masa kini, berkahwin pada usia muda bukan sesuatu perkara yang asing pada pandangan masyarakat.

Malah, semakin ramai ibu bapa mengizinkan anak-anak mendirikan rumah tangga pada usia muda bagi mengelakkan mereka terjebak dalam zina.

Namun, peranan suami dan isteri dalam dunia moden jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman nenek moyang kita dahulu.

Pada zaman dahulu, kebanyakan isteri duduk di rumah untuk menjaga keperluan suami dan anak-anak. Si suami pula keluar bekerja mencari rezeki bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Situasi sekarang adalah sangat berlainan kerana ramai isteri turut bekerja untuk menampung kos sara hidup keluarga yang semakin meningkat.

Jika diharapkan pendapatan suami sahaja, mungkin tidak mencukupi lebih-lebih lagi bagi pasangan yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Akibatnya, isteri yang bekerja tidak dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tanggungjawab di rumah.

Maka, timbul polemik mengenai siapa yang sepatutnya memikul tanggungjawab melakukan tugas di rumah. Adakah ia tanggungjawab isteri atau suami?

Kebelakangan ini, persoalan tersebut semakin hangat dibincangkan dalam media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Isu ini timbul lantaran ramai isteri yang meluahkan perasaan tentang perasaan tidak puas hati terhadap suami masing-masing kerana tidak membantu mereka menyiapkan makan malam dan menguruskan anak-anak apabila pulang dari bekerja.

Menurut Islam, tugasan di rumah adalah tanggungjawab isteri dan perlu dibantu oleh suami. Perkara ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW:

عَنِ الْأَسْوَدِ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَة ، مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ ؟ قَالَتْ:
" كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ ، فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ"

Al-Aswad berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anha: Apa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lakukan di rumahnya? Beliau menjawab: Baginda membantu berkhidmat menguruskan urusan keluarga. Apabila masuknya waktu solat, baginda keluar mendirikan solat.
Hadis ini menerangkan bahawa Rasulullah SAW sendiri membantu isteri baginda, Saidatina Aisyah membuat kerja-kerja rumah.

Sebagai seorang pemimpin besar, baginda tidak kekok melakukan kerja-kerja rumah malah baginda sangat ringan tulang.

Sebagai umat baginda, kita perlu mengambil iktibar dan meneladani Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian termasuk urusan rumah tangga.

Menurut pendapat mazhab Syafie dan mazhab Ahmad, kerja-kerja di rumah seperti memasak bukan kewajiban isteri namun dia disaran melakukannya.

Ibnu Taimiyyah pula berpendapat, seseorang isteri wajib melakukan apa yang biasa dilakukannya menurut kelaziman atau adat masyarakat setempat.

Selain itu, Abu Tsaur berpandangan adalah wajib bagi si isteri berkhidmat untuk suami dalam setiap perkara.

Mazhab Hanafi pula menjelaskan, jika si isteri berasal dari keluarga bangsawan yang tidak biasa memasak atau tidak tahu memasak, si suami tidak boleh memaksanya malah suami wajib menyediakan makanan yang sudah siap dimasak untuk isterinya.

Langkah yang terbaik adalah suami dan isteri bersama-sama memainkan peranan masing-masing serta saling membantu dalam melakukan urusan rumah tangga.

Selain meringankan beban para isteri, cara sebegini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan memperkukuhkan ikatan perkahwinan sehingga ke akhir hayat.
Picture
Sumber : freepik
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor