AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
VAPE MENGIKUT PERSPEKTIF KESIHATAN DAN ISLAM
Oleh: Muhammad Syuaib bin Md Salim, 1172446
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FPK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 18 July 2020
Picture
Picture
Picture
Kebelakangan ini, penggunaan rokok elektronik dan vape semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Dari sudut kesihatan, rokok elektronik mengandungi bahan kimia seperti nikotin, propilena glikol, gliserin sayuran, perisa dan pewarna.

Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam rokok elektronik dan vape boleh memudaratkan serta memberi kesan buruk terhadap kesihatan seperti ketagihan, merangsang pembekuan darah, kematian mengejut, kerengsaan mata, tekak dan kulit serta boleh membunuh sel paru-paru.

Menurut Pakar Perubatan dan Pernafasan di Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Daniel Lee, nikotin dalam rokok elektronik boleh meningkatkan kadar denyutan nadi dan pengaliran adrenalin serta menjejaskan sistem saraf.

Selain itu, Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin menjelaskan, pengguna rokok elektronik dan vape sebenarnya menyedut wap nikotin yang ciri-cirinya sama dengan asid nitrik.

Dari perspektif Islam, hukum pengharaman berkenaan memakan, meminum atau mengambil bahan-bahan yang memudaratkan disebut oleh ulama tersohor daripada keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dalam kitab-kitab mereka.

Hukum tersebut adalah bersandarkan kepada syariat Islam yang melarang perbuatan dan tindakan yang membawa kepada kebinasaan dan kemudaratan.

Perkara ini sangat bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Tidak boleh memudaratkan (diri sendiri) dan memberi kemudaratan (kepada orang lain).” (Riwayat Ahmad)

Ulama kontemporari, Sheikh Muhammad Saalih Al-Munajjid pula menyatakan bahawa rokok elektronik hukumnya adalah haram, sama seperti rokok biasa.

Lebih membimbangkan, penggunaan rokok elektronik dan vape dikhuatiri boleh melarat kepada kegiatan penyalahgunaan dadah yang jauh lebih berbahaya. 

Sehubungan itu, perkara-perkara yang mendedahkan diri kita terhadap kemudaratan yang besar dan dihukum haram adalah wajib dijauhkan, selaras dengan prinsip  sadd al-zari’ah iaitu menutup pintu kerosakan.

Islam merupakan agama yang lengkap dan sentiasa menjaga kehidupan manusia sejagat berdasarkan prinsip maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. 

Sekiranya penggunaan rokok elektronik dan vape tidak dibendung, perbuatan tidak bermanfaat ini boleh meruntuhkan lima prinsip syarak itu.

Kemudaratan yang ditimbulkan oleh rokok elektronik dan vape bukan sahaja sekadar terhadap mereka yang menghisapnya, malah turut mengancam kesihatan orang lain yang berdekatan.

Oleh itu, umat Islam hendaklah menjauhkan diri daripada menghisap rokok elektronik atau vape yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan, malah diharamkan dalam Islam.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor