HENTIKAN JENAYAH KECAM BADAN DALAM MEDIA SOSIAL
Oleh: Muhammad Firdaus bin Rosli , 1171157
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 17 July 2020

Mungkin ada dalam kalangan kita yang menerima komen negatif dalam media sosial darupada individu lain tentang bentuk fizikal tubuh kita. Contohnya, terlalu gemuk, kurus atau gelap.
Perbuatan yang dikategorikan sebagai kecam badan atau popular dalam bahasa Inggeris sebagai body shaming itu mesti dihentikan kerana tiada sesiapa pun yang berhak dihina dengan kata-kata berunsur negatif dan mengganggu emosi.

Gambar 1 : Contoh kritikan dalam media sosial
Sebenarnya, perbuatan kecam badan adalah satu kesalahan jenayah yang boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Individu yang disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, ditambah RM1,000 untuk setiap hari kesalahan diteruskan setelah disabitkan kesalahan.
Media sosial merupakan platform utama untuk pelaku kecam badan. Lazimnya, mereka melontarkan kata-kata sinis, kritikan yang kejam serta memperlekehkan keadaan tubuh seseorang.
Jelas sekali perbuatan sebegini memberi kesan yang lebih besar terhadap individu ternama seperti pelakon, pengacara, penyanyi dan mereka yang terlibat dalam industri hiburan.
Perbuatan kecam badan boleh menyebabkan reputasi seseorang itu tercalar sekali gus mencetuskan tekanan yang hebat dalam hidup mereka.

Tidak percaya? Ambillah iktibar daripada tragedi yang menimpa seorang artis K-Pop, Sulli pada 14 Oktober 2019. Dia membunuh diri di rumahnya sendiri akibat tekanan perasaan yang melampau akibat kecaman dan kritikan para netizen.
Setiap gerak-gerinya walaupun perkara yang kecil sentiasa dikecam dan dikritik sehingga menyebabkan Sulli berasa sangat malu dan tidak lagi sanggup hidup di dunia.
Dari segi psikologi, individu yang melakukan kecam badan dipercayai mempunyai perasaan dengki dan tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain.
Bagi menutup kelemahan sendiri, mereka cuba menjatuhkan martabat orang lain dengan melontarkan jenaka berunsur kecaman terhadap mangsa dalam media sosial.
Kebiasaannya, individu yang aktif menggunakan media sosial adalah lebih terdedah dengan jenayah kecam badan yang turut dikategorikan sebagai pembulian siber.
Sehubungan itu, sentiasa berwaspada dengan kegiatan tidak bertanggungjawab ini semasa menggunakan media sosial agar ia tidak menimbulkan kesan buruk terhadap kesihatan mental kita.
Selain mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala kecam badan, kita boleh membantu menghentikannya dengan melaporkan perbuatan tidak berfaedah ini kepada pihak berkuasa apabila melihatnya dalam media sosial.