KELEBIHAN MEMBELA HAIWAN PELIHARAAN
Oleh: Siti Norhaliza binti Subali, 1171186
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 30 Jun 2020

Kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai haiwan peliharaan. Ada yang membela kucing, anjing, ikan, burung, arnab dan sebagainya di dalam atau di luar rumah.
Selain memberi makan dan minum, pemilik menyediakan tempat tinggal untuk haiwan peliharaan mereka sama ada dalam bentuk sangkar atau dibiarkan bergerak bebas dalam kawasan pekarangan rumah.
Terdapat banyak kelebihan bagi mereka yang memelihara haiwan. Yang paling utama, aktiviti ini memupuk sifat bertanggungjawab dalam diri kita.
Pemilik bukan sahaja perlu menyediakan makan dan minum, malah mesti membersihkan haiwan peliharaan mereka dengan kerap.
Walaupun pada mulanya tugas membersihkan haiwan peliharaan dianggap kurang menyeronokkan, apabila dilakukan dengan kerap pasti menjadikan kita lebih rapat dengan haiwan tersebut sekali gus lebih menyayanginya.
Haiwan peliharaan juga dikatakan berupaya mengurangkan tekanan dalam diri kita setelah melakukan tugasan seharian seperti bekerja dan belajar. Misalnya, perbuatan mengusap dan membelai kucing mampu mengurangkan keletihan dan stres.
Ahli fisiologi dari Klinik Cleveland, Marwan Sabbagh menjelaskan, amalan membelai haiwan peliharaan dapat menurunkan tekanan darah dan degupan jantung melalui penurunan hormon stres kortisol dan peningkatan neurotransmitter serotonin.
Luangkan masa antara lima hingga 10 minit sehari untuk aktiviti membelai haiwan peliharaan bagi membantu merehatkan mental kita secara santai dan menenangkan.
Haiwan peliharaan juga boleh membantu menjaga keselamatan di kediaman kita. Orang bukan Islam lazimnya membela anjing yang ditambat di luar rumah.
Apabila ada individu yang tidak dikenali mendekati rumah, anjing tersebut akan menyalak, seolah-olah ingin memberitahu tuannya tentang ancaman atau bahaya yang mungkin berlaku.
Reaksi anjing tersebut yang garang boleh membantutkan niat jahat individu yang ingin mencuri atau merompak di rumah tuannya.
Memandangkan tidak sesuai bagi umat Islam membela anjing, mereka mungkin boleh memelihara ikan. Haiwan ini kebiasaannya akan melompat-lompat di dalam akuarium sehingga menyebabkan air berkocak.
Pemilik ikan yang menyedari reaksi luar biasa haiwan peliharaannya itu akan meninjau keadaan di sekitar kediamannya bagi mengesan punca yang menyebabkan ikan tersebut bersikap demikian.
Sebaik-baiknya, pupuklah sifat mencintai haiwan dalam diri anak-anak kita sejak kecil. Jelaskan kepada mereka tentang kelebihan memelihara haiwan agar mereka belajar tentang erti tanggungjawab dan perasaan belas kasihan terhadap makhluk-makhluk lain yang diciptakan Allah SWT.