AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
KAEDAH PERUBATAN MODEN MERAWAT KAYAP
Oleh:  Che Siti Sarah binti Che Mohd Zaid, 1171272
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 7 Jun 2020
Kayap merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf yang menyebabkan penghidapnya berasa gatal dan tidak selesa pada bahagian yang dijangkiti.

Dari segi perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zoster dan ia disebabkan oleh virus varicella zoster. Virus yang sama turut menjadi punca penyakit cacar air.

Selepas cacar air sembuh, virus ini akan terus kekal di dalam badan dan berhibernasi di ganglia akar dorsal saraf atau pusat saraf.

Sekiranya  sistem imunisasi individu yang dijangkiti itu lemah, virus ini boleh menjadi aktif kembali. Seterusnya, ia menyerang urat saraf yang menyebabkan radang saraf dan mengakibatkan kayap.

Keradangan saraf yang menjadi punca kayap kebiasaannya hanya menyerang bahagian badan yang tertentu sahaja. Lazimnya, pada bahagian dada dan muka.

Antara tanda awal penyakit ini adalah penghidapnya berasa sakit pada bahagian badan yang tertentu termasuk kebas dan panas pada urat saraf yang dijangkiti, demam, keletihan dan sakit kepala diikuti ruam kemerah-merahan.

Komplikasi kayap yang paling kerap berlaku dan rasa sakit berlarutan melebihi 90 hari selepas timbulnya ruam boleh menyebabkan pesakit mengalami kesakitan saraf jangka panjang, yang digelar neuralgia pascaherpes (PHN) yang sering menyerang pesakit yang berusia melebihi 60 tahun.

Bagi merawat kayap, pesakit diberi ubat antivirus. Doktor juga menasihatkannya supaya selalu menyapu krim pada bahagian yang dijangkiti kayap.

Selain ubat, pesakit turut dilarang mengambil makanan yang boleh menyebabkan kulit berasa gatal. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah budu, ikan tongkol, daging dan telur.

Kegagalan pesakit mematuhi nasihat doktor boleh menyebabkan bahagian kulit yang dijangkiti kayap berasa gatal dan pedih. Tempoh yang diambil untuk sembuh turut bertambah.

Dua hingga tiga hari kemudian, pesakit akan mendapati timbul ruam berair pada bahagian kulit tersebut. Cecair tersebut warnanya jernih atau kekuningan.

Pada peringkat ini, virus sangat mudah merebak dan berkemungkinan menjangkiti orang lain terutamanya mereka yang belum pernah menghidap cacar air.

Langkah yang terbaik adalah mengasingkan pesakit serta memastikan dia tidak berkongsi tuala atau pakaian dengan orang lain. Pakaian pesakit juga hendaklah dicuci secara berasingan.
Picture
Selepas beberapa hari, gelembung air pada kulit pesakit bertukar warna menjadi semakin keruh sebelum kering. Seterusnya, kulit yang kering akan gugur sendiri.

Keadaan ini lazimnya berlaku setelah mengamalkan pantang selama dua minggu. Kulit yang sembuh dari kayap akan berparut namun ia tidak menyakitkan.
Picture
Seperti kebanyakan penyakit lain, kayap boleh dicegah dengan menggunakan vaksin. Kaedah ini disyorkan untuk warga emas kerana kayap boleh menimbulkan komplikasi PRN terhadap mereka.

Yang paling penting, jangan biarkan kayap melarat pada kulit tanpa dirawat. Mereka yang dijangkiti kayap perlu mendapatkan rawatan segera agar kayap boleh disembuhkan melalui kaedah perubatan yang betul.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor