CABARAN MEMBESARKAN ANAK AUTISME
Oleh: Zaty ‘Ainul Yaqin binti Zainondin, 1171255
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 4 Jun 2020

Autisme atau nama lainnya Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD) adalah masalah perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan penghidapnya dalam interaksi sosial, tingkah laku dan komunikasi.
Ciri-ciri yang dikenal pasti oleh Persatuan Psikiatrik Amerika pada kanak-kanak autisme adalah mereka sering melakukan pergerakan badan yang berulang-ulang dan menunjukkan minat yang terbatas.
Kanak-kanak autisme lebih gemar mengasingkan diri, seolah-olah mereka berada dalam dunianya sendiri. Secara zahir, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap autisme kelihatan seperti kanak-kanak biasa, namun mereka sebenarnya berbeza.
Ibu bapa yang dikurniakan anak autisme perlu mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi untuk memahami dan membesarkan mereka dengan hati yang terbuka.
Ini kerana masalah autisme yang berbeza dalam kalangan kanak-kanak yang menghidapnya sangat mempengaruhi tingkah laku mereka. Aspek kewangan dan persepsi masyarakat juga antara cabaran getir yang sering dihadapi oleh ibu bapa.

Jenis-jenis tingkah laku kanak-kanak autisme yang sering mencabar kesabaran ibu bapa adalah agresif, hiperaktif dan kederiaan.
Dalam kes tingkah laku agresif, mereka sering bertindak seperti membaling barang, menghantuk kepala dan menjerit.
Bagi situasi tingkah laku hiperaktif pula, anak-anak autisme suka berlari, tidak boleh duduk diam dan gemar menghilangkan diri.
Selain itu, cabaran yang melibatkan tingkah laku kederiaan adalah berkaitan kekurangan mereka yang tidak boleh mendengar bunyi bising dan tidak dapat berkomunikasi secara lisan.
Kelakuan ini boleh terjadi bila-bila masa tanpa mengira tempat. Masalah ini secara tidak langsung boleh membataskan pergerakan ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Tanpa komunikasi lisan, mereka sukar memahami keinginan, keperluan atau masalah yang dialami oleh anak autisme.
Ibu bapa juga menghadapi cabaran dari segi kewangan untuk menguruskan segala keperluan anak-anak autisme terutamanya berjumpa dengan doktor pakar, menghantar anak ke kelas terapi dan sekolah pendidikan khas.
Mereka perlu menyediakan wang dalam jumlah yang banyak bagi membiayai rawatan dan terapi untuk anak autisme.
Cabaran inilah yang sering menghalang mereka daripada menyediakan rawatan terbaik bagi anak mereka dan secara tidak langsung, menjejaskan aktiviti sosial keluarga.
Ibu bapa memerlukan sokongan kewangan bagi mendapatkan rawatan dan kemudahan peralatan sokongan yang harganya agak mahal untuk anak-anak autisme.
Persepsi masyarakat juga merupakan faktor yang sangat penting terhadap kesejahteraan hidup sesebuah keluarga. Cabaran timbul apabila masyarakat kurang memahami tentang anak autisme.
Ramai dalam kalangan masyarakat tidak mengetahui perbezaan antara anak autisme dengan anak normal. Akibatnya, mereka tidak memahami keadaan yang dilalui oleh ibu bapa anak-anak autisme sehingga sering berlaku pelbagai masalah yang berpunca daripada salah faham.
Layanan masyarakat terhadap ibu bapa kanak-kanak autisme yang bersifat sinis dan menyindir sering menyebabkan mereka tertekan. Keadaan ini mengakibatkan mereka berasa tersisih daripada masyarakat dan seolah-olah hidup dalam dunia yang terasing.
Harus diakui bahawa tanggungjawab menjaga anak-anak autisme bukan satu perkara yang mudah. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dengan memberi bantuan dan sokongan kepada mereka.
Cabaran dan kesukaran ibu bapa yang mempunyai anak autisme perlu dipikul bersama agar beban mereka dapat dikurangkan. Masyarakat juga perlu diberi kesedaran dan ilmu mengenai autisme secara berterusan.