MANFAATKAN PENGARUH DALAM MEDIA SOSIAL UNTUK KEBAIKAN
Oleh: Dayangku Nuwadahlillah binti Awang Razemi, 1171302
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 20 Mei 2020

Pada masa ini, semakin ramai golongan muda yang ingin mencari kesenangan dengan cara yang mudah. Salah satu daripada kaedah yang digunakan adalah dengan menjadi pempengaruh atau influencer.
Malangnya, segelintir daripada mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempamerkan gelagat tidak sopan dan kurang bijak semata-mata untuk meraih populariti dalam masa yang singkat.

Tujuan segelintir pempengaruh berbuat demikian adalah untuk memastikan status yang dikongsikan melalui media sosial terutamanya Instagram dan Facebook ditularkan seluas mungkin agar beroleh jumlah ‘suka’ atau tontonan yang tinggi.
Jumlah pengikut yang ramai membolehkan mereka melariskan perniagaan atau mempromosikan produk dalam media sosial dan menjana pendapatan tinggi.
Seperti yang pernah dilaporkan oleh myMetro, selebriti media sosial mampu meraih pendapatan melebihi RM10,000 sebulan walaupun mereka masih bergelar pelajar.
Rata-rata usahawan yang mendapatkan khidmat mereka ingin mengambil jalan singkat untuk melariskan produk masing-masing. Namun, tidak banyak penekanan diberi terhadap ciri-ciri produk yang dipromosikan oleh pempengaruh yang dibayar.
Mereka lebih cenderung melakukan gimik yang kadang-kadang tiada kaitan langsung dengan produk yang dipromosi semata-mata untuk menarik perhatian penonton.
Beberapa pempengaruh yang terkenal atau golongan instafamous cenderung melakukan aksi tidak senonoh atau berpakaian mencolok mata. Ada juga yang beragama Islam tetapi mempersendakan agama sendiri seperti makan dan minum semasa Ramadan.
Bila ditegur oleh masyarakat termasuk tokoh agama, mereka melenting pula. Situasi ini agak membimbangkan kerana boleh memberi kesan yang buruk terhadap masyarakat.
Kita semua sedia maklum bahawa sesiapa sahaja boleh mengakses media sosial termasuk kanak-kanak. Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya generasi muda terpengaruh dan meniru gelagat yang sama seperti yang dilakukan oleh pempengaruh media sosial yang tidak bertanggungjawab.
Pempengaruh media sosial yang beragama Islam seharusnya menggunakan kelebihan yang dimiliki mereka untuk menyeru kepada kebaikan. Mereka hendaklah menunjukkan akhlak yang mulia agar dicontohi oleh pengikut-pengikut yang ramai itu.
Perkara itu adalah selaras dengan hadis Rasulullah SAW:
لا يكن أحدُكم إمَّعَةً ، يقول : أنا مع الناسِ ، إن أحسن الناسُ أحسنتُ ، وإن أساؤوا أسأتُ ، ولكن وَطِّنوا أنفُسَكم ، إن أحسن الناسُ أن تُحسِنوا ، وإن أساؤوا ألا تَظلِموا
“Hendaklah kamu jangan seperti ‘pak turut’ yang mengatakan: Aku mengikuti manusia ramai, kalau mereka baik maka aku pun baik dan kalau mereka jahat maka aku pun menjadi jahat. Tetapi kawallah dirimu, jika manusia baik hendaklah kamu juga baik dan jika manusia jahat, hendaklah kamu menjauhi kejahatan mereka.” (Riwayat Albani)
Manfaatkan kelebihan yang dimiliki dan jumlah pengikut yang ramai untuk berdakwah dan menonjolkan perwatakan yang menjadi ikutan dan dipandang tinggi serta menjaga maruah diri, keluarga dan
Pada masa yang sama, pengguna media sosial mestilah bijak menilai setiap perkara yang dilihat dan mengambil pendekatan ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’. Jadikanlah tokoh agama dan pendakwah sebagai ikutan agar kita beroleh ilmu yang bermanfaat serta menyumbang kepada kesejahteraan di dunia dan akhirat.