AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
AWAS WANITA HAMIL, PENGHIDAP MAIESIOFILIA MENCARI MANGSA
Oleh:  NurulJannah binti Suaid, 1171107
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 1 Mei 2020
Picture
Mungkin segelintir ibu yang sedang hamil tidak menyedari bahawa dalam diam, gerak-geri mereka di tempat awam diperhatikan oleh individu-individu yang mengalami masalah maiesiofilia.

Malah, gambar-gambar yang dimuat naik oleh mereka dalam media sosial turut disalahgunakan oleh penghidap maiesiofilia untuk memuaskan fantasi seksual mereka yang pelik dan menjijikkan itu.

Kebiasaannya, ibu-ibu yang sedang hamil terutamanya yang menanti kelahiran anak sulung ingin berkongsi keterujaan mereka dengan  memuat naik gambar-gambar dalam media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Walaupun perbuatan itu bukan satu kesalahan, mereka mungkin tidak sedar kemudaratan yang timbul apabila gambar-gambar tersebut jatuh ke tangan mereka yang menghidap maiesiofilia. Niat si ibu yang ingin menyimpan gambar agar dapat dilihat oleh anak yang dikandung satu hari nanti bakal bertukar menjadi igauan ngeri.

Presiden Persatuan Psikiatari Malaysia, Dr Ahmad Rostam Md Zin berkata, maiesiofilia merupakan sejenis masalah mental yang menyebabkan keghairahan seksual yang tidak normal. Keadaan yang dikenali sebagai fetisy ini berada dalam kategori yang sama dengan pedofilia, zoofilia dan nekrofilia.
Picture
Selain dalam media sosial dan internet, penghidap maiesiofilia turut mencari mangsa di tempat awam seperti pusat beli-belah. Mereka gemar mengintai setiap gerak-geri wanita hamil termasuk ketika mereka berjalan, duduk, membongkok serta mencapai barang di tempat tinggi.

Segelintir penghidap maiesiofilia juga bertindak lebih berani dengan merakamkan gambar atau video wanita-wanita hamil tanpa disedari mereka. Gambar atau video tersebut seterusnya digunakan oleh lelaki terbabit untuk memuaskan nafsu sendiri.

Pada pandangan mata kasar, ibu hamil yang menjadi mangsa kelihatan memakai pakaian yang longgar dan langsung tidak mencolok mata. Namun, dia tetap kelihatan seksi pada pandangan penghidap maiesiofilia yang boleh berada di mana-mana sahaja tanpa disedari kewujudannya.

Harian Metro pada 23 Januari 2018 melaporkan tentang kewujudan lebih 100 kumpulan media sosial yang menghimpunkan gambar dan video ibu hamil untuk dijadikan pemuas nafsu lelaki-lelaki yang menghidap maiesiofilia.

Tidak cukup dengan itu, gambar dan video ibu hamil turut dikongsikan melalui kumpulan WhatsApp dan Telegram yang dianggotai para penghidap maiesiofilia. Lebih menjijikkan, mereka turut menulis komen yang lucah dan jelik yang mungkin berunsur jenayah.

Bagi mencegah masalah ini, ibu-ibu hamil perlu mengelakkan daripada memuat naik gambar atau video mereka dalam media sosial. Langkah ini memang nampak mudah tetapi memerlukan kesungguhan yang tinggi lebih-lebih lagi bagi wanita yang gemar berswafoto dan mengemas kini setiap aktivitinya dalam Instagram atau Facebook.

Ibu hamil juga seharusnya mengelak daripada berpakaian tidak sopan dan mencolok mata ketika di tempat awam. Awasi kawasan sekitar untuk mengesan jika ada individu berperangai pelik cuba merakam gambar atau video mereka.

Wanita-wanita hamil hendaklah bersikap berani dengan melaporkan kepada pihak berkuasa apabila mereka mengesan gambar atau video mereka dikongsikan sewenang-wenangnya untuk tatapan penghidap maiesiofilia.

Dengan cara ini, individu-individu yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu dapat diberkas dan diheret ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman yang setimpal sekiranya disabitkan kesalahan.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor