AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
5 FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN PERCERAIAN
Oleh:  Nur Aliya Najihah binti Shabudin, 1171250
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 23 April 2020
Picture
Sama ada kita sedar atau tidak, bilangan kes perceraian di negara ini semakin meningkat. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perdana Menteri menunjukkan terdapat 9,913 kes perceraian pada tahun 2016.
 
Sememangnya setiap pasangan suami isteri mahu hubungan perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat. Namun, atas sebab-sebab tertentu, masalah yang berlaku dalam rumah tangga boleh melarat sehingga menyebabkan pasangan terbabit memilih untuk berpisah.
 
Siapakah sebenarnya yang bersalah apabila berlaku perceraian? Dalam hal ini, ramai yang menuding jari menyalahkan pihak suami dan tidak kurang juga yang menyalahkan si isteri.
 
Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi yang kita saksikan pada masa ini dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang merenggangkan hubungan suami isteri. Salah seorang daripada mereka atau mungkin kedua-duanya tergolong dalam kategori ‘hamba telefon pintar’.
 
Mereka lebih gemar menghabiskan masa membelek telefon pintar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui media sosial. Akibatnya masa berkualiti yang sepatutnya diluangkan bersama pasangan dibazirkan begitu sahaja. Seolah-olah wujud ‘hijab’ yang menghalang pasangan tersebut berkomunikasi secara bersemuka.
Picture
Kurang komunikasi antara pasangan boleh menyebabkan persefahaman tidak wujud antara pasangan. Akibatnya, isteri tidak memahami tugas dan tanggungjawab sebenar suaminya dan begitu juga sebaliknya.
 
Kepenatan akibat melakukan urusan seharian seperti bekerja turut menyebabkan suami atau isteri terlepas pandang tentang tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga. Suami mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga manakala isteri tidak mengambil berat tentang urusan rumah tangga.
 
Masalah ini juga ada kaitan dengan kurang kefahaman tentang ilmu rumah tangga lebih-lebih lagi bagi pasangan yang berkahwin pada usia yang muda. Mereka mengambil mudah tentang aspek ini dan mendirikan rumah tangga walaupun tanpa mempunyai ilmu agama serta rumah tangga yang secukupnya.
 
Selain itu, sebahagian pasangan bertengkar akibat masalah kewangan dalam rumah tangga mereka. Situasi ini berlaku apabila suami mempunyai gaji yang sederhana namun isteri bersikap boros ketika berbelanja.
 
Pada mulanya, suami cuba memenuhi setiap permintaan isterinya sehingga menyebabkan dia terpaksa berhutang keliling pinggang. Jika keadaan ini dibiarkan berpanjangan, perbalahan antara suami dan isteri boleh menjadi semakin parah sehingga menyebabkan perceraian.
 
Seperti yang dijelaskan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, sebanyak 2,971 daripada keseluruhan 6,901 kes perceraian membabitkan pasangan bukan Islam pada 2019 adalah berkaitan masalah kewangan.
Walaupun Islam membenarkan perceraian, langkah itu seharusnya dielakkan bagi memastikan institusi keluarga mampu bertahan hingga ke penghujung nyawa. Usah diperbesar-besarkan isu remeh-temeh yang mungkin boleh diselesaikan jika suami dan isteri bertolak ansur.
 
Peliharalah rumah tangga sebaik mungkin dan atasi setiap masalah dengan baik sebelum ia menjadi lebih keruh. Dapatkan nasihat daripada kaunselor rumah tangga agar perceraian dapat dielakkan daripada berlaku.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor