TEKANAN BOLEH MENYEBABKAN MASALAH INSOMNIA
Oleh: Nurhayati binti Ab Rahman, 1171138
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 16 April 2020

Insomnia iaitu masalah yang menyebabkan seseorang individu sukar untuk tidur sering dikaitkan dengan tekanan. Masalah yang dihadapi itu menyebabkan mereka yang mengalaminya tidak cukup tidur dan berasa letih pada keesokannya.
Sukar bagi mereka untuk melelapkan mata walaupun mengantuk. Jika dapat tidur sekali pun, tidak nyenyak dan kerap terjaga. Pada masa yang masa, badan yang keletihan perlu dipulihkan semula tenaganya melalui tidur.
Namun, otak masih ligat memikirkan tentang banyak perkara sehingga menyebabkan ketenangan yang diperlukan untuk membolehkan kita tidur tidak tiba. Keadaan ini berlanjutan sehingga waktu subuh yang menandakan permulaan urusan hari yang baharu.
Kajian yang dilakukan oleh The Nielsen Company (Malaysia) mengenai kualiti tidur ke atas 500 rakyat Malaysia mendapati 70 peratus daripada mereka mengalami kesukaran untuk tidur disebabkan tekanan, keresahan dan kemurungan.
Selain itu, mereka juga mengakui bahawa tekanan merupakan antara punca utama yang menyebabkan sukar untuk tidur. Berdasarkan hasil kajian tersebut, dapat disimpulkan bahawa ramai rakyat Malaysia yang sukar tidur akibat tekanan yang dialami.
Semakin meningkat usia semakin banyak bebanan yang dipikul oleh seseorang individu. Masalah di rumah, tempat kerja dan universiti memaksa mereka untuk berfikir secara berterusan dan mewujudkan situasi yang kurang tenang.
Tabiat terlalu banyak berfikir boleh mengundang risiko berlaku tekanan yang berpunca daripada gangguan emosi yang dialami seseorang individu. Seterusnya, tekanan akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental individu berkenaan.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa tidur itu tidak penting ketika mereka berdepan situasi yang memerlukan tugasan disiapkan segera. Tanggapan sebegini menyebabkan manusia mengetepikan keperluan tubuh mereka untuk beroleh tidur yang berkualiti.
Malah, Islam turut menitikberatkan tentang betapa pentingnya tidur dalam kehidupan kita. Perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT dalam ayat 9, surah an-Naba’ yang bermaksud, “Dan kami telah menjadikan tidur untuk kamu berehat?”
Secara umumnya, kita memerlukan tidur yang berkualiti antara tujuh hingga lapan jam setiap malam. Perkara ini sangat penting bagi meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan tekanan apabila kita bangun tidur keesokannya.
Seseorang yang memiliki tidur yang cukup akan berasa lebih segar, produktif dan bersemangat untuk melakukan aktiviti seharian seperti bekerja, belajar atau bersukan.
Sebaliknya, masalah kurang tidur akibat insomnia boleh menimbulkan pelbagai kesan buruk. Selain berasa letih, individu yang kurang tidur turut mengalami gangguan emosi dan otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Kesan-kesan sampingan lain berkaitan kesihatan mereka yang mengalami insomnia adalah kemurungan, kebimbangan, diabetes, kanser dan penyakit jantung.
Secara tuntasnya, tidur merupakan satu keperluan dalam kehidupan manusia. Salah satu cara untuk beroleh tidur yang berkualiti adalah menjalani kehidupan secara aktif pada waktu siang. Amalan itu bukan sahaja memudahkan kita untuk tidur pada waktu malam, malah mampu mengurangkan tekanan.
Elakkan daripada mengambil ubat tidur untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lebih kronik. Bagi umat Islam, mereka boleh mempraktikkan adab sebelum tidur seperti membaca doa dan berzikir yang diajar oleh Rasulullah SAW.