AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY

MEMAHAMI REGULASI EMOSI REMAJA
Oleh:  Dr Siti Suriani Othman & Rezki Perdani Sawai
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 12 April 2020
Picture
Pernahkah kita bercakap atau berbuat sesuatu tetapi kemudian menyesalinya? Natijah dari tidak berupaya mengawal perasaan, lantas mengakibatkan pelbagai kesan dalam perhubungan dan kehidupan seseorang individu.
 
Dalam bidang psikologi, keupayaan mengawal emosi dikenali sebagai regulasi emosi. Hakikatnya, regulasi emosi semasa remaja adalah lebih mencabar jika dibandingkan dengan zaman kanak-kanak, dewasa atau orang tua.
 
Sebaliknya, jika seseorang mengalami masalah mengurus emosi, dalam tempoh masa yang panjang, keadaan ini dikenali sebagai disregulasi emosi.

Kajian psikologi menunjukkan, kegagalan mengawal emosi atau disregulasi emosi boleh membawa kepada risiko psikopatologi atau masalah kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan, gangguan personaliti, psikosis dan tekanan pasca-trauma.
 
Memetik kata-kata sarjana psikologi, “Apabila seseorang itu mempunyai rasa kecewa yang berpanjangan, sensasi fizikal tidak dapat dibendung dan membuat manusia mengambil keputusan menghilangkannya dengan tindakan tidak diduga seperti mengambil dadah, mencederakan diri, berlapar, dan mengamalkan seks bebas untuk menghilangkan beban psikologi ini. Manusia membuat apa sahaja untuk menghilangkan sensasi itu.”
 
Lebih membimbangkan, seperti yang dijelaskan oleh Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah, Dr Ruzita Jamaluddin, statistik pesakit mental di Malaysia pada tahun 2020 dijangka meningkat.
 
Misalnya, sebanyak 2,000 kes skizofrenia baharu dilaporkan setiap tahun. Hal ini lebih mencemaskan apabila bilangan kes yang dilaporkan tidak mencerminkan jumlah sebenar.
 
Dalam masa yang sama, jumlah pesakit yang menerima rawatan psikiatri juga kian bertambah dan menariknya, kesemua ini berlaku kerana kegagalan individu-individu terbabit mengawal emosi mereka. Malah, gejala sosial dan tingkah laku tidak bermoral yang berleluasa hari ini juga dikatakan berpunca dari masalah emosi.
 
Menurut ahli psikologi, golongan belia boleh belajar menguruskan emosi dengan cara yang sihat. Regulasi emosi merujuk kepada proses di mana individu dipengaruhi oleh emosi yang dirasai, bila dan bagaimana mereka merasainya dan mengekspresikan emosi-emosi tersebut.
 
Lebih-lebih lagi, apabila seseorang individu mengawal emosinya, strategi ini akan menggalakkan fungsi sosial, kesinambungan identiti dan meningkatkan kapasiti dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
 
Kebanyakan kajian melaporkan terdapat hubungan antara jantina dengan regulasi emosi. Wanita, misalnya, menunjukkan lebih banyak kesedaran tentang emosi mereka sendiri dan orang lain serta memberi lebih perhatian kepada emosi ini berbanding dengan lelaki. Ini bermakna wanita lebih “berkuasa” meregulasi emosinya berbanding lelaki.

Oleh:
Picture
Dr Siti Suriani Othman
Pensyarah Kanan Program Komunikasi
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia
Dan
Picture
Rezki Perdani Sawai
Pensyarah Kanan Program Kaunseling
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor