BOLEH MERENDAH DIRI TETAPI JANGAN KETERLALUAN
Oleh: Nur Adilah Binti Mohd Said, 1171165
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 28 Mac 2020

“Kerap merasakan diri ini tidak sempurna seperti orang lain. Setiap kali aku berdiri di hadapan cermin, keyakinanku punah.
“Apabila melihat rakan-rakanku, perasaan cemburu mula menyelubungi diriku. Mereka selalu nampak hebat pada mataku.
“Bijak, cergas, rajin, kurus, cantik dan paling beruntung, ramai yang mahukan mereka! Seimbang dari segi fizikal dan mental.
“Aku? Sekadar tong sampah di sisi manusia seperti mereka. Lebih baik aku mati sahaja sekiranya aku tidak seperti mereka!"
Pernahkah anda mengalami situasi sebegini? Mungkin setiap manusia pernah mempunyai perasaan rendah diri. Cuma timbul satu persoalan, bukankah rendah diri itu satu sifat yang baik?
Ya, perasaan rendah diri merupakan sifat yang baik kerana ia sentiasa mengingatkan kita bahawa walau setinggi manapun darjat seseorang, dia tetap memerlukan Tuhan sebagai tempat bergantung. Sehebat manapun kita, tetap memerlukan manusia lain untuk meneruskan kehidupan di dunia.
Tetapi, bolehkah sifat mahmudah ini diamalkan secara berlebihan? Jawapannya adalah tidak kerana kita seharusnya bersikap sederhana dalam setiap perkara yang dilakukan dan emosi yang ditonjolkan.
Perkara ini boleh dikaitkan dengan hadis Nabi Muhammad SAW di mana baginda bersabda sebanyak tiga kali: “Musnahlah golongan yang melampau.” (Riwayat Muslim 2670).
Imam Al-Nawawi pula mentafsirkan maksud melampau dengan mereka yang terlalu teliti dan melepasi had atau batasan dalam perkataan dan perbuatan. Namun, ini bukan bermakna kita boleh meringan-ringankan sesuatu perkara.
Jelas di sini bahawa sifat merendah diri itu memang perlu tetapi tidaklah sehingga melemahkan semangat untuk meneruskan hidup, kurang berkeyakinan dan tidak mahu bersosial dengan orang di sekeliling.
Yakinlah bahawa setiap orang itu pasti mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Sekiranya bukan pada manusia, mungkin boleh dimanfaatkan terhadap haiwan, tumbuhan dan banyak lagi.
Mencari kesempurnaan merupakan sesuatu yang sangat mustahil kerana sifat itu hanya milik Allah SWT. Kita mungkin melihat sahabat handai kita seakan-akan sempurna, namun sebenarnya mereka juga menghadapi ujian yang kita tidak sedari. Tidak mustahil mereka turut mencemburui kehidupan kita dan mahu menjadi seperti kita.
Firman Allah dalam surah ar-Ra'd, ayat 11 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka.”
Berkait rapat dengan hal ini adalah hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.” (Riwayat Ibn Hibban).
Dengan berpandukan ayat al-Quran dan hadis tersebut, tanamkanlah keyakinan dalam diri, carilah kelebihan kita yang tersembunyi dan asahlah ia supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain.