BERSENAM SECARA BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN MENGEJUT
Oleh: Nur Syahida binti Abd Rahman, 1171193
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 6 April 2020

LAPORAN media massa tentang kematian mengejut beberapa individu selepas melakukan aktiviti sukan atau riadah membimbangkan banyak pihak di negara ini. Pada 20 Januari lalu, pengarah muzik terkenal Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas dan rebah selepas pulang dari berjoging.
Selain itu, pada 9 Januari 2020, seorang lelaki rebah sebelum meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Dewan Foo Chow, Kota Kinabalu, Sabah.
Insiden-insiden sedemikian agak menghairankan kerana individu yang gemar bersukan dan mengamalkan gaya hidup aktif sepatutnya mempunyai jantung yang sihat. Apakah punca yang menyebabkan sebahagian daripada mereka mengalami kematian mengejut?
Antara punca utama yang menyebabkan kematian secara mengejut adalah serangan jantung akibat saluran darah koronari jantung yang tersumbat. Majoriti serangan sakit jantung adalah disebabkan masalah penebalan saluran darah ekoran kolestrol yang terkumpul di bahagian tersebut.
Kira-kira 90% punca serangan jantung adalah berpunca dari darah beku yang menyebabkan jantung tidak berfungsi. Namun, apakah kaitannya dengan gaya hidup yang aktif?
Minat masyarakat dalam aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh merupakan satu perkembangan yang positif. Lebih-lebih lagi apabila melihat peningkatan kadar obesiti dalam kalangan generasi muda di negara ini.
Seperti yang dijelaskan oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Malaysia kekal sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk yang mempunyai masalah obesiti paling tinggi sejak 2015.
Memang gaya hidup sihat mampu mengatasi masalah obesiti. Namun, tanpa disedari, perbuatan melakukan aktiviti sukan dan riadah secara berlebihan boleh membahayakan nyawa kita sendiri terutamanya bagi mereka yang sudah lama tidak bersukan.
Menurut Ketua Pakar Kardiologi Kanan, Institut Jantung Negara, Datuk Dr Aizan Azan Abdul Rahim, individu yang bersukan akan mengalami serangan jantung seperti rasa berat di dada yang berkemungkinan boleh merebak ke bahagian tekak, tangan kiri selain simptom seperti sesak nafas, peluh sejuk dan jantung berdebar-debar.
Ini kerana sebahagian jantung tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan jantung mengeras dan tidak dapat mengepam darah dengan berkesan.
Justeru, masyarakat haruslah berhati-hati semasa melakukan aktiviti riadah. Mereka juga seharusnya mengamalkan pemakanan yang sihat.
Sebaik-baiknya, lakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu bagi mengesan sama ada kita menghidap penyakit atau mempunyai kandungan gula dan kolestrol yang tinggi dalam tubuh. Sekiranya kita mempunyai masalah kesihatan, dapatkan pandangan pakar tentang aktiviti riadah yang sesuai kita lakukan.
Mereka yang sudah lama tidak mengamalkan gaya hidup aktif mempunyai kecenderungan untuk bersenam atau bersukan melebihi kemampuan tubuh sendiri. Seperti yang sering disarankan pakar kecergasan, mulakan dengan senaman ringan terlebih dahulu sebelum beralih ke aktiviti yang lebih mencabar fizikal secara beransur-ansur.
Jangan sangka usia yang muda merupakan jaminan bahawa kita tidak akan berdepan risiko kematian mengejut semasa atau selepas beriadah. Sesungguhnya ajal boleh datang menjemput kita tanpa mengira umur dan di mana kita berada.