UBAHLAH SIKAP, TAK BAIK MEMBAZIR MAKANAN
Oleh: Atikah binti Norshahidi, 1171098
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 3 April 2020

Tahukah anda bahawa 700,000 kilogram makanan dibuang setiap hari di Pulau Pinang? Jumlah itu dikatakan bersamaan dengan berat empat buah pesawat Boeing 747.
Fakta itu menggambarkan betapa teruknya sikap membazir makanan dalam kalangan masyarakat kita. Perbuatan yang tidak bermanfaat itu lebih ketara semasa bulan Ramadan ketika umat Islam berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Syawal.
Felo Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Azrina Sobian pernah menyatakan bahawa pada tahun 2019, sebanyak 16,650 tan sisa makan dibuang di negara ini setiap hari.
Beliau turut menjelaskan, kuantiti sisa makanan yang dibuang meningkat antara 15 hingga 20 peratus semasa bulan Ramadan dan Syawal.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan pernah berkata, kutipan sampah di Putrajaya dan Kuala Lumpur bertambah sebanyak 511 tan sepanjang bulan Ramadan.
Perkembangan itu amat menghairankan kerana Islam menyeru umatnya agar menjauhi sifat boros dan membazir.
Seruan itu adalah bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa ayat 27 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Justeru, pelbagai usaha telah diambil pihak-pihak tertentu bagi mengatasi masalah tersebut termasuk mewujudkan Akta Pembaziran Makanan seperti yang diumumkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 2019.
Akta itu bertujuan mengawal selia dan menangani tabiat rakyat yang suka membazir. Antara kaedah yang disyorkan adalah mengenakan tindakan undang-undang seperti penalti kepada individu atau organisasi yang terlibat dalam amalan pembaziran makanan.
Difahamkan, kerajaan masih meneliti keperluan untuk menggubal akta tersebut dari pelbagai sudut.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mewujudkan Program Food Bank Malaysia sebagai langkah mengurangkan amalan pembaziran makanan.
Melalui program tersebut, lebihan makanan disalurkan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, fakir miskin atau gelandangan. Usaha ini sangat bermanfaat kerana bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran makanan tetapi boleh membantu mereka yang memerlukan.
Langkah ini selaras dengan maksud hadis Riwayat Bukhari dan Muslim: “Daripada Abdullah bin Amru r.a., bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Apakah amalan terbaik dalam Islam?’ Baginda bersabda, memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali.”
Sifat membazir khususnya yang melibatkan makanan sepatutnya dijauhi kerana ia tidak memberi sebarang faedah kepada diri kita dan masyarakat. Insaflah tentang hakikat bahawa masih ramai manusia di dunia yang kebuluran akibat tiada makanan.
Ubahlah gaya hidup kita agar tidak berlebih-lebihan. Utamakan kesederhanaan dalam setiap perkara yang kita lakukan termasuk pengambilan makanan.