AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
ERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN SEMASA PENGUATKUASAN PKP
Oleh: Abdul Rahman bin Ibrahim, 1171117
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 3 April 2020
Seluruh negara digemparkan dengan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Sikap itu tidak menghairankan kerana bilangan kes positif COVID-19 dan kematian akibat jangkitan virus berkenaan mencatatkan peningkatan dari hari ke hari.

Sebagai langkah mengekang penularan virus, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 14 April 2020.

Namun, sebahagian rakyat beranggapan bahawa PKP adalah sekatan keluar masuk yang ketat seperti yang dilakukan di negara-negara Barat termasuk Perancis dan Itali. Tanggapan itu tidak tepat kerana PKP sebenarnya bertujuan mengurangkan pergerakan orang ramai dan menghalang mereka berkumpul di tempat-tempat awam.

Tindakan drastik itu perlu dilakukan segera bagi menyekat penularan COVID-19 dengan mengehadkan pergerakan orang ramai. Arahan kerajaan tersebut sepatutnya disambut baik kerana ia merupakan peluang keemasan untuk kita meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga di rumah.

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang aktiviti yang mereka boleh lakukan di rumah. Salah satu daripadanya adalah menganjurkan aktiviti permainan bersama ahli keluarga.

Bagi keluarga yang mempunyai ahli melebihi empat orang, mereka boleh bermain Jutaria, Saidina atau Monopoly. Aktiviti sebegini boleh menceriakan suasana rumah tangga dan merapatkan hubungan keluargaan.

Mereka juga boleh bermain secara dalam talian melalui aplikasi Plato. Terdapat hampir 40 permainan yang boleh dimainkan dengan menggunakan telefon pintar.

Aktiviti yang terbaik untuk dilakukan adalah beribadah secara berjemaah dengan ahli-ahli keluarga. Malah, amalan solat lima waktu secara berjemaah berupaya membentuk kebahagiaan dalam keluarga.

Dalam hadis daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sembahyang berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang bersendirian dengan 27 kali ganda.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain mendirikan solat, mereka juga boleh mengadakan sesi tadarus al-Quran bersama keluarga. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah memasak, mengemas rumah, membaca buku dan sebagainya.

Cuti yang panjang tidak bermakna aspek pendidikan anak-anak boleh diabaikan begitu sahaja. Ibu bapa boleh menyediakan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan minat mereka.

Perkenalkan buku-buku yang bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak. Ibu bapa juga boleh mengakses buku-buku elektronik melalui aplikasi eBook atau Funbrain.

Sekiranya anak-anak gemar melukis, beri galakan kepada mereka. Berilah kebebasan kepada anak-anak untuk melukis pada permukaan objek seperti pasu bunga atau kadbod.

Kita juga boleh memberi anak-anak pengalaman melukis yang berbeza dengan menggunakan berus gigi lama, putik kapas, batang ais krim, jari dan sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat mengembangkan kreativiti dan membuka ruang untuk mereka meluahkan perasaan dan idea.

Sama ada secara langsung atau sebaliknya, PKP memberi manfaat terhadap hubungan kekeluargaan dengan mengeratkan hubungan sesama kita. Mungkin sebelum ini, ibu bapa sibuk dengan bekerja manakala sebahagian besar masa anak-anak dihabiskan di sekolah.
Manfaatkanlah peluang semasa tempoh penguatkuasaan PKP untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dengan melakukan pelbagai aktiviti yang meriangkan di dalam rumah.
Picture
Picture
Picture
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor