WANITA TULANG BELAKANG KEJAYAAN SEORANG LELAKI
Oleh: Salsabilah binti Mansor, 1172403
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Disiarkan pada 3 April 2020

Tulang belakang merupakan bahagian penting dalam tubuh yang membolehkan manusia berdiri tegak sekali gus memperlihatkan seseorang itu mempunyai postur tubuh yang baik.
Begitu juga dengan kehidupan kita, di sebalik kejayaan yang dicapai, pasti ada insan yang menjadi tulang belakang dengan memainkan peranan sebagai pendorong dan penyokong.
Malah, sering dituturkan bahawa “Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita di belakangnya.” Dalam konteks ini, pengertian ‘wanita’ tidak sekadar terhad kepada isteri, malah merangkumi ibu, adik, kakak atau ibu saudara.
Apakah yang hebat tentang wanita sehingga mereka berupaya menjadi pendorong kejayaan kaum lelaki? Kehebatan kaum hawa terletak pada kesetiaan dan suntikan semangat yang diberikan kepada lelaki agar terus berusaha mengejar kejayaan dalam kehidupan.
Sebagai contoh, jika seorang anak ingin memulakan perniagaan, ibunya akan memberi dorongan untuk anaknya supaya dia berjaya.
Wanita yang hebat juga merupakan teman apabila lelaki dirundung masalah. Merekalah yang meminjamkan bahu untuk lelaki sambil berkongsi kesedihan serta memujuknya supaya tidak berputus asa.
Ketahuilah bahawa peranan wanita sebagai pendamping atau tulang belakang seseorang lelaki dirakamkan dalam sejarah penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Wanita yang mendampingi Nabi Muhammad SAW dan memberikan kekuatan kepada baginda ialah isteri baginda sendiri, Saidatina Khadijah r.a.
Baru-baru ini, kita dapat melihat kejayaan Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan hasil dorongan dan galakan ibunya, Rosbiah Arshad. Wanita itu sentiasa menasihatkan Allahyarham semasa hidupnya agar jangan berputus asa dalam mengejar impian menjadi seorang pelawak.

Allahyarham Abam Bocey bersama ibu dan isterinya. (Gambar: mStar)
Wanita juga memainkan peranan sebagai pendengar yang setia kepada lelaki ketika mereka memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan. Bukan mudah bagi seseorang wanita berbuat sedemikian malah mungkin dihambur kata-kata kesat oleh lelaki yang hilang pertimbangan ketika marah.
Namun, mereka tetap menggagahkan diri melakukannya atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang. Begitu mulia pengorbanan yang sanggup dicurahkan oleh wanita kepada lelaki yang istimewa dalam kehidupan mereka.
Maka, adalah wajib bagi lelaki untuk melayan wanita dengan sebaik mungkin dan memberi keutamaan terhadap mereka. Sabda Rasulullah SAW, “Berbuat baiklah kepada wanita kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk lelaki dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah rusuk yang paling atas. Maka, perlakukanlah setiap wanita dengan baik.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Allah SWT menciptakan lelaki dan wanita berpasang-pasangan agar mereka saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Walaupun wanita dilihat sebagai kaum yang lemah, semangat yang mereka tiupkan mampu merangsang kejayaan seorang lelaki.