AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
USAHA MALAYSIA TANGANI COVID-19 MEMBUAHKAN HASIL
Oleh: Siti Nur Zakirah Nazifa binti Zaini, 1172518
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Dsiarkan pada 2 April 2020
Picture
Penggunaan cecair pembersih tangan membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Seluruh dunia sedang dikejutkan dengan kemunculan virus baharu yang dikenali sebagai novel coronavirus. Pada 11 Februari lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan nama baharu virus tersebut iaitu Covid-19 yang merupakan singkatan untuk ‘penyakit coronavirus yang ditemukan pada tahun 2019’.

Statistik awal menyatakan bahawa terdapat kebarangkalian 2% daripada pesakit yang dijangkiti Covid-19 akan mati. Angka kematian kini meningkat kepada 10% di mana faktor usia, tahap kesihatan serta kualiti penjagaan kesihatan memberi kesan terhadap kadar kesembuhan pesakit.

Di sebalik kebimbangan pelbagai pihak, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menangani pandemik Covid-19. Malah, usaha kerajaan dipuji pihak-pihak lain.

Antara langkah yang dilakukan kerajaan adalah mengenakan sekatan sementara terhadap pelancong-pelancong dari China. Kerajaan juga telah menghentikan pembaharuan visa untuk para pelancong China yang sudah memasuki negara ini.

Selain itu, Malaysia dan Singapura telah membentuk pasukan petugas bersama untuk menangani wabak berkenaan. Mesin pengimbas haba turut dipasang di pintu-pintu masuk negara.

Rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China, di mana kes terawal Covid-19 mula dikesan, telah dibawa pulang dan dikuarantin. Yang terbaharu, kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyaksikan kerjasama antara polis dan tentera bagi memastikan pematuhan oleh orang ramai.
Picture
Di samping itu, Kementerian Kesihatan juga sentiasa berkongsi perkembangan terkini mengenai Covid-19 kepada orang ramai melalui pelbagai saluran termasuk media sosial.

Segala usaha yang dilaksanakan kerajaan bukan sahaja dapat mengurangkan penyebaran Covid-19 malah turut meredakan kebimbangan rakyat tentang kesan terhadap kesihatan mereka serta keluarga.

Pada masa yang sama, rakyat perlu mengambil inisiatif bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. Paling penting, mereka mesti mematuhi segalan arahan dan nasihat yang diberikan oleh kerajaan.

Aspek kebersihan diri seharusnya dipertingkatkan dengan kerap membasuh tangan dan mandi, mengamalkan etika yang betul apabila batuk dan tidak berkumpul di luar rumah.

Amalan-amalan tersebut adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan penggunaan penutup hidung dan mulut serta cecair pembersih tangan. Penjagaan kesihatan yang betul berupaya melindungi diri kita daripada pelbagai penyakit.

Namun, ramai yang masih beranggapan pemakaian penutup hidung dan mulut adalah satu kemestian sehingga menyebabkan berlaku pembelian panik justeru menyebabkan barangan itu kehabisan bekalan di pasaran.

Mungkin mereka kurang memahami bahawa keupayaan penutup hidung dan mulut untuk mencegah jangkitan Covid-19 adalah sangat terhad. Kementerian Kesihatan sendiri menyarankan agar orang awam yang mempunyai simptom Covid-19 sahaja yang memakainya agar tidak memberi risiko jangkitan kepada orang lain.

Adalah penting bagi orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang situasi Covid-19 di negara ini. Antara saluran yang disediakan oleh kerajaan adalah Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta laman Facebook Kementerian Kesihatan.

We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor