AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
Jangan Ego dengan Kejahilan!
Oleh: Dr Siti Suriani Othman, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 29 Mac 2020
Menjadi akademia ini kadang kala menyakitkan. Apatah lagi apabila ada yang golongan yang menghamburkan soalan-soalan “pelik” sehingga akademia tergamam. Antara contoh ialah wujudnya segelintir masyarakat yang tidak mahu menjawab soalan temubual untuk kajian secara atas talian (telefon atau kaedah atas talian yang lain seperti Skype, WhatsApp, email dan lain-lain) dengan alasan yang maha tidak muhasabah—kaedah kajian ini tidak sah atau disebut validity dalam Bahasa Inggeris.

Pertamanya, dalam memahami isu ini, kita perlu faham kedudukan kaedah kajian itu sendiri iaitu temubual dalam penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan. Kaedah temubual adalah kaedah kajian paling terkenal dalam kajian berbentuk kualitatif. Antara kelebihannya yang tidak dapat disangkal ialah kelebihan mendapatkan maklumat secara mendalam tentang tajuk yang dikaji berbanding kaedah kuantitatif paling popular iaitu tinjauan (survey). Yang pasti, semua kaedah kajian mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing dan aplikasinya perlu dibuat berdasarkan apa yang hendak dikaji. ini termasuklah memahami sifat kajian kulitatif yang “membentuk kefahaman” berbanding kajian kuantitatif yang “memberi kefahaman”.

Pastinya antara tujuan menepati prosedur ialah menghasilkan hasil kajian yang (boleh dipercayai) reliable dan sah (valid). Namun, perdebatan tentang kesahan kajian kualitatif masih hangat berlaku memandangkan ia tidak semudah memahaminya dalam konteks kajian kuantitatif. Sifat kajian kuantitatif yang dengan kata mudah, bersifat “matematik” tidak menyukarkan pengkaji memahami dan memastikan hasil yang sah.

Apa yang nyata, kaedah kajian bukanlah salah satu perkiraan yang menidakkan kesahan kajian. Maksudnya, jika kaedah kajian seperti temubual atas talian digunakan, kaedah itu sendiri tidak menjadi elemen masalah kepada kesahan kajian. Jika tidak, masakan John Creswell, bapa kaedah kajian kualitatif turut menyenaraikan tembual atas talian sebagai salah satu kaedah dalam pengkajian sains sosial.

Kesahan kajian kualitatif, secara rumusannya mengikut mereka yang pakar dalam kajian kualitatif, melibatkan isu-isu kepercayaan (trustworthiness), keaslian, kedalaman hasil kajian, kejelasan, tahap sensitiviti, tahap neutraliti, konsistensi, tahap aplikasi dan transferability. Selain itu, ada juga cadangan untuk menggabungkan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif agar kajian dapat saling meningkatkan kesahan setiap data dari perspektif yang berbeza dan menjejaki sesatu bentuk kebenaran. Ini berkait dengan isu kesahan data kualitatif yang memerlukan interpretasi data kajian dari beberapa pihak berbeza kerana kajian kualitatif yang baik memerlukan lebih dari satu pandangan dari menginterpretasi dan menjana hasil kajian.

Maka, apabila wujud salah faham bahawa kaedah kajian temubual atas talian boleh menyebabkan hasil kajian tidak sah, ini antara salah faham paling teruk yang harus diperbetul. Benar masyarakat umum tidak mengikuti kelas kaedah kajian di peringkat pasca siswazah, maka membacalah untuk memahami sebelum terus menerus hidup dalam salah faham tersebut.

Memang tidak dinafikan kaedah kajian temubual bersemuka memang mempunyai kelebihan tersendiri kerana berupaya merakam unsur komunikasi bukan verbal yang tidak berupaya dilakukan kaedah kajian temubual secara atas talian, tetapi harus diingat, hal ini hanya terpakai bagi kajian yang memerlukan keperluan merakam emosi bagi mengesahkan kajian. Kajian-kajian yang bertanyakan soalan berbentuk teknikal, tidak memerlukan emosi, maka kaedah kajian temubual atas talian, andai sesuai dengan objektif kajian, boleh dilaksanakan. Misalnya, kajian tentang sejauh mana user generated content (UGC) dilaksanakan di akhbar-akhbar tempatan adalah contoh kajian yang tidak memerlukan unsur emosi dan boleh dilaksanakan dalam bentuk atas talian tanpa menjejaskan kajian walau sedikit pun.

Malah, dalam temubual atas talian yang menggunakan email, sungguhpun anggapan kita ia tidak dapat merakam emosi, tetapi emoticon boleh digunakan dalam jawapan informan dan ini menggantikan emosi yang dizahirkan secara nyata dalam temubual bersemuka. Selain itu, kelebihan temubual atas talian pastinya merungkai limitasi geografi. Bagaimana mungkin temubual atas talian itu tidak sah jika ia memungkin temubual antara pengkaji di Malaysia dan di Amerika? Saya sendiri menggunakan kaedah ini dalam kajian doktor falsafah di United Kingdom, dan tidak pula dipersoalkan dari segi kesahan jika tidak, pastinya saya tidak dikurniakan ijazah doktor falsafah dari sebuah universiti di UK.

Jelas jika dikaji dalam sorotan literatur kaedah kajian temubual, tiada lagi penulisan yang mengaitkan kaedah kajian temubual atas talian dengan kesahan data. Malah, dalam perkembangan teknologi hari ini, temubual atas talian digunakan secara meluas dalam kajian sains sosial di luar negara kerana kelebihan dari segi penjimatan masa dan kos. Selain kaedah temubual bersemuka, Dr Raymond Opdenakker dari Eindhoven University of Technology di Belanda, salah sebuah universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi dari segi jaringan dengan industri turut mengakui betapa kaedah kajian temubual atas talian kini menjadi semakin popular dalam kalangan pengkaji kualitatif. Malah, dalam bidang perubatan (seperti dilaporkan jurnal Qualitative Health Research Journal terbitan Sage Publications) juga, temubual mendalam menggunakan email didapati berguna dan berkesan dalam bidang perubatan tetapi tidak menafikan kekangan berlaku seperti kemudahan logistik yang terhad, dan isu-isu teknikal yang lain termasuk transkripsi data dan kesukaran melakar email yang berkesan. Ini bermaksud, kaedah temubual atas talian kini diaplikasikan merentas bidang, tidak terhad kepada bidang sains sosial yang awalnya lebih banyak menggunakan kaedah kualitatif berbanding bidang sains.
Namun, kekurangan-kekurangan kaedah temubual atas talian tadi boleh dibantu oleh apa yang dipanggil sebagai temubual hibrid. Misalnya, beberapa kaedah kajian atas talian digabungkan seperti telekonferensi, Skype dan email serta kaedah-kaedah lain atau kaedah atas talian digabungkan dengan temubual bersemuka. Ia bergantung keperluan kajian, dan limitasi teknikal yang lain yang telah disebutkan tadi seperti kos, masa, kekangan geografi dan lain-lain.

Namun begitu, pengkaji selalu faham bahawa informan boleh menolak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan dalam bentuk temubual atas talian demi menetapi etika kajian yang menyatakan dengan jelas keperluan persetujuan dari informan (inform consent). Tetapi, di pihak informan, perlulah jelas jika ingin menolak, penolakan bukan disebabkan tanggapan salah bahawa kaedah kajian temubual atas talian itu tidak sah (tidak valid) tetapi menolak atas dasar lain yang teknikal. Mungkin merasakan diri bukan pakar, tidak menepati tempoh masa kajian yang ditetapkan seperti kajian yang mempunyai tempoh tertentu iaitu dari tahun 2000-2010, tiada peruntukan masa yang sesuai dan lain-lain. Yang nyata, menolak untuk ditemubual secara atas talian bukanlah kerana mengaggap kaedah ini tidak valid dalam kajian sains sosial, dan merasakan kaedah ini tidak sesuai dengan gaya anda amat tidak boleh diterima akal. Betapa egonya alasan seperti ini, dan hanya jelas menampakkan kejahilan diri.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor