AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
BUKAN KALI PERTAMA MALAYSIA DISERANG VIRUS PEMBAWA MAUT
Oleh: Nur Amirah binti Abidin, 1171111
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia
Dsiarkan pada 2 April 2020
Picture
Virus Nipah pernah melanda sebelum kemunculan Covid-19
PERNAHKAH kita terfikir bagaimana situasi di Malaysia dahulu ketika berdepan wabak penyakit lain sebelum Covid-19?

Jika soalan itu diajukan kepada anak-anak muda yang dilahirkan pada tahun 2000 dan selepasnya, pasti tidak seorang pun daripada mereka yakin dengan kemampuan Malaysia menangani pandemik terbaharu ini.

Mungkin sebahagian mereka beranggapan bahawa kerajaan sedia ada gagal menangani situasi Covid-19 denngan baik. Tanggapan itu mungkin timbul kerana ini merupakan kali pertama generasi millenial berdepan serangan virus yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian dalam skala yang besar.

Pada tahun 1998, seluruh dunia dikejutkan dengan kemunculan virus Nipah yang berpusat di kawasan penternakan babi di Malaysia. Statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Manusia (WHO) menunjukkan antara 40 hingga 75 peratus pesakit yang dijangkiti meninggal dunia.

Pada awalnya kerajaan Malaysia menyangka penyebaran virus Nipah berpunca dari gigitan nyamuk Culex lantas memberikan vaksin Japanese encephalitis (JE) kepada mereka yang berisiko dijangkiti.

Walau bagaimanapun, vaksin tersebut tidak berkesan dan angka kematian semakin meningkat. Akhirnya, kerajaan menyedari bahawa jangkitan bukan disebabkan oleh gigitan nyamuk. Sebaliknya, virus Nipah berasal dari kandang babi yang lazimnya kotor.

Seterusnya, kerajaan telah melakukan langkah-langkah yang perlu bagi mengekang penularan virus Nipah yang ketika itu masih belum ditemukan vaksin untuk mengubatinya.

Berjuta-juta ekor babi dimusnahkan dengan kaedah tembakan atau membanjirkan kandang dengan air sebelum merenjat haiwan itu dengan arus elektrik. Kemudian, bangkai-bangkai babi dimasukkan ke dalam lubang besar untuk dibakar atau ditanam. Penduduk yang dijangkiti virus nipah pula dikuarantin sehingga wabak berakhir.

Melihat kepada insiden itu, terdapat beberapa persamaan antara virus Nipah dan Covid-19. Kedua-duanya dikatakan berpunca dari haiwan, boleh tersebar melalui manusia dan tidak mempunyai vaksin. Pencegahan juga merupakan langkah terbaik bagi mengekang penularan dua virus maut ini.

Oleh itu, kita seharusnya mengambil ibrah daripada peristiwa yang terjadi sebelum ini dengan membantu kerajaan menangani wabak Covid-19 ini sebaik mungkin.

Kita dapat melihat bahawa kerajaan tidak mengulangi kesilapan serupa dalam mengenal pasti punca sebenar Covid-19 malah dapat melaksanakan langkah-langkah tegas bagi mengelakkan lebih ramai rakyat dijangkiti.

Jika kita bersama-sama mematuhi dan mengamalkan segala nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tidak mustahil Malaysia akan bebas sepenuhnya daripada cengkaman maut Covid-19 dalam masa yang lebih singkat.

Rakyat Malaysia pernah melakukannya ketika negara dilanda virus Nipah 22 tahun dahulu dan kita akan mengulanginya sekali lagi untuk membantu kerajaan menangani pandemik yang menggemparkan seluruh dunia kali ini.

Picture
Sebuah pekan di Baling, Kedah kelihatan lengang selepas PKP dikuatkuasakan.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor