AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
COVID-19 MENJEJASKAN RENTAK KEHIDUPAN MANUSIA
Oleh: Nurul Nur Hidayah binti Mohd Noor, 1172516
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Dsiarkan pada 2 April 2020
Covid-19 yang memasuki peringkat pandemik semakin menular di seluruh dunia. Virus tersebut tidak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini malah vaksin untuk melawannya masih belum ditemukan.

Virus yang menganggu kelancaran sistem pernafasan manusia ini mula dikesan di bandar Wuhan yang terletak di wilayah Hubei, China. Seterusnya Covid-19 mula tersebar ke negara-negara lain termasuk Malaysia.

Antara simptom yang dikaitkan dengan jangkitan Covid-19 adalah demam, batuk, selsema, keletihan, sesak nafas dan sakit otot. Golongan warga emas lazimnya berisiko tinggi dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.

Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 18 Mac sehingga 14 April 2020. Objektif langkah itu adalah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Setakat 25 Mac lalu, sebanyak 1,796 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan di Malaysia di mana 19 mangsa meninggal dunia. Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyatakan, sebanyak 199 pesakit telah sembuh.
Picture
Berikutan peningkatan kes positif Covid-19, rakyat Malaysia mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan virus berkenaan. Mereka kini bersikap lebih serius terhadap aspek kebersihan diri.

Orang ramai semakin kerap membasuh tangan menggunakan sabun, menggunakan cecair pembersih tangan, memakai penutup mulut dan hidung serta mengelakkan bersentuhan kulit dengan orang lain.
Picture
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor