AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
BARISAN HADAPAN BOLEH TUMBANG KALAU RAKYAT ENGGAN BEKERJASAMA
Oleh: Fatehah binti Azman, 1171059
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia
Dsiarkan pada 2 April 2020
Picture
Setelah membaca luahan Dr Ahmad Samhan melalui laman Facebook miliknya, kita pasti sedar tentang masalah dan risiko yang dihadapi para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus merawat pesakit Covid-19.

Beliau yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur kesal dengan sikap segelintir pesakit yang mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan seramai 19 petugas kesihatan barisan hadapan terpaksa dikuarantin.

Kesulitan itu berlaku gara-gara kegagalan beberapa pesakit bersikap jujur dan berterus-terang apabila ditanya sama ada mereka adalah kontak rapat dengan jemaah tabligh yang berhimpun di Masjid Sri Petaling baru-baru ini. Akibatnya, seramai 337 kakitangan hospital berdepan risiko dijangkiti virus tersebut.

Sikap tidak bertanggungjawab itu seolah-olah tidak menghargai pengorbanan petugas kesihatan barisan hadapan yang terpaksa berenggang dengan anak-anak yang masih kecil, bekerja tanpa rehat serta melupakan soal makan dan minum.

Cuba bayangkan betapa sukarnya usaha kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19 di negara ini jika wira-wira di barisan hadapan tumbang? Apakah luahan Dr Ahmad yang dikongsi lebih empat juta kali itu mampu membuka mata kita semua?

Setiap perkataan yang terkandung dalam status Facebook beliau itu memberi gambaran tentang kesukaran yang dihadapi oleh barisan hadapan kita apabila masyarakat enggan memberi kerjasama sepenuhnya.

Di luar hospital, ramai yang bersikap keras kepala dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Malah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa merayu kepada rakyat agar jangan keluar rumah sepanjang tempoh PKP mulai 18 Mac lalu hingga 14 April ini.

Kita mesti mengambil iktibar dan berfikir sejenak bahawa pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, isu ini seharusnya menyedarkan kita bahawa petugas-petugas barisan hadapan sedang berhempas-pulas menyabung nyawa, masa dan tenaga mereka semata-mata untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada virus yang masih belum ada vaksin itu.

Dalam situasi sebegini, rakyat mesti memainkan peranan masing-masing untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam persekitaran yang bersih dan tidak mendedahkan diri kepada virus Covid-19.

Jaga kebersihan diri dan elakkan daripada berkumpul di luar rumah kerana perbuatan ini meningkatkan risiko jangkitan virus. Yang paling penting, jangan keluar rumah jika tiada keperluan yang mendesak.

Melihat kepada sikap segelintir rakyat yang acuh tak acuh terhadap arahan pihak berkuasa semasa tempoh PKP, timbul persoalan sama ada mereka pernah membaca luahan Dr Ahmad atau sebaliknya.

Mungkin juga mereka pernah membaca atau menularkannya tetapi sayang, mereka tidak memahami mesej penting yang terkandung dalam luahan itu.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, jika semua petugas kesihatan barisan hadapan tumbang dalam pertempuran yang tidak diketahui bila kesudahannya ini, tiada siapa lagi yang dapat diharapkan untuk merawat kita sekiranya dijangkiti Covid-19.
Picture
 Seorang petugas barisan hadapan di Hospital Serdang.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor