AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
KENALI EMPAT JENIS GOLONGAN INTROVERT
Oleh: Nurul Shahidah binti Muhammad Nur, 1171264
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia
Dsiarkan pada 2 April 2020
Masyarakat sering meminggirkan individu introvert ekoran persepsi yang menyatakan mereka tidak gemar bergaul dengan orang lain dan lebih gemar menyendiri. Hakikatnya, tidak semua individu introvert mempunyai perwatakan yang sama.

Pengkaji minda terkenal di Malaysia dan penulis buku berjudul Pendiam, Aiman Amri menyatakan bahawa introvert dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri-ciri unik yang ditonjolkan oleh individu tersebut.

Jenis pertama adalah introvert sosial. Mereka ini mempunyai ciri-ciri yang biasa kita dengar mengenai golongan introvert seperti antisosial dan sering bersendirian. Mereka tidak gemar berada dalam kelompok besar. Paling ramai pun empat orang sahaja.

Mereka tiada masalah keluar berseorangan tanpa teman. Individu sebegini bukanlah seorang yang pemalu dan pendiam. Sebenarnya, mereka memilih untuk bersikap begitu.

Seterusnya adalah introvert gementar. Stereotaip yang sering dilontarkan oleh masyarakat terhadap individu introvert kebanyakannya dimiliki oleh golongan ini. Sikap tidak pandai bersosial dan pendiam merupakan antara ciri-ciri yang ketara pada perwatakan mereka.

Walau bagaimanapun, golongan ini berbeza dengan introvert sosial kerana mereka sememangnya tidak pandai bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain. Buku dan filem menjadi teman rapat mereka.

Namun begitu, kehebatan mereka terserlah setelah mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang kerana sikap mereka yang sangat menghargai perhubungan. Mereka mementingkan kualiti dan bukan kuantiti.

Golongan yang berikutnya adalah introvert berfikir. Mereka dapat dikenal pasti melalui ekpresi muka yang sedang berfikir dan menganalisis sesuatu. Kemahiran menganalisis dan imaginasi yang tinggi mampu membuatkan orang lain tersesat dalam dunia fantasi mereka.

Kekuatan mereka terserlah pada penjanaan idea pemikiran berbanding suara. Hal ini dapat dibuktikan melalui cara mereka melontarkan pandangan dalam perspektif yang berbeza daripada kebiasaan sehingga mampu membuat orang sekeliling terpaku. Kebanyakan individu yang mempunyai ciri-ciri ini adalah golongan intelektual.

Jenis terakhir untuk personaliti ini adalah introvert tenang. Sikap pasif, sabar dan ketenangan yang tinggi dapat dilihat dalam individu ini. Kematangan dalam setiap tindakan dan gaya berfikir menjadi kekuatan dalam diri mereka.

Pernahkah kita mempunyai kawan yang kurang bercakap? Tetapi jika diminta untuk menyampaikan sesuatu, semua orang berminat dengan penyampaiannya yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Golongan ini mempunyai tahap kepimpinan yang sangat hebat. Antara contoh manusia teragung yang mempunyai sifat ini ialah Rasulullah SAW. Baginda mempunyai sifat yang tenang dan kurang bercakap namun setiap kata-kata yang dituturkan Nabi Muhammad SAW penuh dengan maksud, ilmu dan berhikmah.

Bagi mereka yang mempunyai personaliti introvert, usahlah berasa rendah diri dan terpinggir kerana personaliti tersebut merupakan keunikan dan kelainan dalam bersosial dengan orang di sekeliling.

Carilah kekuatan dan keistimewaan serta ciri-ciri dominan yang wujud dalam diri masing-masing bagi mengembangkan lagi potensi diri. Pada masa yang sama, masyarakat juga seharusnya memahami ciri-ciri golongan introvert agar tidak tersalah anggap mereka sebagai manusia yang sombong.

Picture
Picture
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor