MASALAH KAROSHI SUKAR DITANGANI TANPA KERJASAMA PEKERJA JEPUN
Oleh: Nurul Husna binti Mahmud, 1171123
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 2 April 2020

Fenomena karoshi atau kematian akibat bekerja terlalu teruk kebanyakannya berlaku di Jepun. Masalah itu dikatakan mempunyai kaitan dengan budaya masyarakat di negara matahari terbit tersebut yang terlalu mementingkan kesempurnaan dan komitmen tinggi dalam pekerjaan yang mereka lakukan.
Terdapat dua jenis kematian berkaitan karoshi iaitu serangan penyakit kronik seperti sakit jantung atau strok dan membunuh diri. Akibat terlalu komited dengan kerja, sebahagian pekerja di Jepun mengabaikan kesihatan sehingga menyebabkan mereka diserang penyakit kronik.
Kejadian bunuh diri juga dilihat semakin serius dan sering dalam kalangan masyarakat Jepun. Tuntutan kerja yang melampau menyebabkan mereka tertekan.
Sikap sangat mementingkan kesempurnaan juga menjadikan mereka hilang keyakinan diri. Akibatnya segelintir pekerja mengambil jalan mudah dengan mencabut nyawa sendiri.
Antara kes kematian terawal membabitkan karoshi dilaporkan berlaku pada tahun 1969. Seorang pekerja di sebuah syarikat akhbar yang besar di Jepun meninggal dunia akibat strok. Ketika itu, dia baru berusia 29 tahun.
Selepas itu, insiden kematian akibat karoshi dilaporkan semakin meningkat sehingga menarik perhatian media dan masyarakat. Pada penghujung tahun 2015, seorang pekerja sebuah syarikat besar di Jepun, Matsuri Takahasi, 24, mati selepas terjun dari bumbung asrama yang disediakan majikannya.
Sebelum kejadian, Matsuri beberapa kali mengadu dalam media sosial bahawa dia dibuli di tempat kerja dan sering diberikan bebanan tugas yang banyak. Siasatan mendapati Matsuri bekerja lebih masa kira-kira 105 jam sebulan.
Seorang pelajar Malaysia di sebuah universiti di Jepun, Ridzwan Mahazan pernah menceritakan pengalamannya melihat ramai pekerja di bandar besar seperti Tokyo sering tertidur di tepi jalan, tepi tangga dan ruang menunggu di stesen kereta api. Mereka terlalu penat selepas bekerja.
Kebanyakan pekerja di Jepun hanya pulang ke rumah antara pukul 11 malam hingga 12 tengah malam. Etika kerja di negara itu mensyaratkan pekerja mesti sanggup bekerja lebih masa.
Setelah melihat betapa seriusnya masalah yang ditimbulkan oleh karoshi, kerajaan Jepun melaksanakan beberapa langkah agar para pekerja tidak ‘bekerja sampai mati’. Salah satu inisiatif yang diambil adalah memperkenalkan Hari Tanpa ZangYou.
ZangYou adalah perkataan Jepun yang bermaksud kerja lebih masa. Pada hari tersebut, majikan menggalakkan pekerja pulang ke rumah selepas waktu bekerja yang biasa berakhir. Walau bagaimanapun, masih ramai pekerja Jepun yang bekerja lebih masa.
Selain itu, beberapa syarikat telah memperkenalkan waktu kerja yang fleksibel kepada para pekerja dan membenarkan mereka menyiapkan tugasan di rumah.
Melihat usaha yang dilakukan oleh kerajaan Jepun, kita tahu bahawa mereka sangat serius menangani masalah ini. Malangnya, kes kematian akibat karoshi tetap meningkat setiap tahun kerana sikap rakyat Jepun yang terlalu komited ketika bekerja.
Justeru, kesedaran rakyat Jepun sendiri adalah sangat penting dalam mengatasi masalah karoshi. Walaupun pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan Jepun, semuanya menjadi sia-sia jika rakyatnya masih enggan mengubah sikap mereka.
Pekerja seharusnya tahu bagaimana menyeimbangkan keutamaan antara pekerjaan, keluarga dan kesihatan. Pangkat yang tinggi dan harta yang bertimbun tidak menjamin kebahagian dalam hidup sekiranya mereka tidak mengambil berat tentang kesihatan.