Pelajarilah Bagaimana Jepun Mendidik Manusia
Oleh: Dr Siti Suriani Othman, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 5 Januari 2020
Disiarkan pada 5 Januari 2020
Sejarah Malaysia dan Jepun bukan asing bagi kita. Sejarah membuktikan wujudnya pensejarahan antara dua negara ini dalam bentuk yang berbeza-beza. Sejarah Perang Dunia Kedua mencalitkan kenangan negatif kita dengan Jepun. Namun, kejayaan Jepun untuk bangkit dari kesan kehancuran peperangan juga memberi peluang untuk Malaysia belajar daripadanya. Kemajuan Jepun dalam pelbagai bidang teknologi menjadikan ia antara kuasa besar dunia yang boleh dibanggakan selepas Amerika dan China.
Malah, yang membezakan Jepun dengan kuasa besar lain juga banyak aspeknya. Di sebalik kemajuan teknologi dan orientasi masyarakatnya yang beretika tinggi, Jepun mengekalkan tradisi sebagai asas pasak masyarakat dan negaranya. Ini termasuk semua bidang dan tidak terhad kepada bidang sains semata-mata. Dalam bidang kewartawanan Jepun misalnya, mereka mengaplikasikan teknologi tinggi dalam pemeberitaan, dan dalam masa yang sama mencipta sistem tradisional pemberitaan mereka yang tersendiri yang tidak digunakan di mana-mana sistem kewartawanan dunia dikenali sebagai press club (kisha kurabu) yang bertujuan mengawal pemberitaan dengan cara mereka yang tersendiri.
Penciptaan teknologinya pula membawa melangkaui zaman. Misalnya, Jepun berjaya mencipta teknologi mengguna semula radioaktif menjadi besi yang boleh digunakan semula. Malah, robot-robot ciptaan Jepun juga lebih “manusia” daripada robot ciptaan Barat yang kaku dan berorientasikan teknologi berbanding elemen manusia.
Maka kita dapat lihat “mengapa Jepun”. Maka itulah juga antara sebab mengapa Malaysia Dasar Pandang ke Timur dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar ini menggesa masyarakat Malaysia menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh terutama dalam etika pekerjaan. Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah 'kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita.
Hubung jalin antara Malaysia dan Jepun terus berlaku dan Malaysia terus menerus mahu belajar dari sistem Jepun dari pelbagai aspek. Budaya Jepun dipelajari dari pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan antara yang paling awal ialah Abdul Razak Abdul Hamid, seorang daripada tiga pelajar Malaysia yang dihantar menuntut di Tokyo pada 1943. Pada 6 Ogos 1945, ketika menuntut di Hiroshima selama hanya tujuh bulan, bom atom dilepaskan di Hiroshima hanya 1.5 kilometer dari universitinya. Hanya dia pelajar dari Malaysia yang terselamat dari tragedi itu selepas pengsan dihempap bilik kuliahnya. Dua lagi pelajar dari Asia Tenggara yang terselamat ialah Yura Halim dari Brunei dan Hasan Rahaya dari Indonesia.
Terselamat dari bencana hebat ini membawa beliau terus berjuang membawa budaya baik Jepun ke Malaysia untuk dihayati. Sebagai profesor dalam bidang kebudayaan Jepun, beliau turut berbakti sebagai ketua jawatankuasa penasihat Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan pada 1980-an itu.
Menarik tentang figura ini bukan sahaja baktinya kepada negara tetapi juga nasihat yang diberikannya yang pernah dicatatkan anak lelaki beliau, Tan Sri Profesor Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM. Dalam satu catatan Dzulkifli di ruangan kolumnya di akhbar The Sun, Dzulkifli berkongsikan beberapa nilai yang sentiasa menjadi nasihat arwah Abdul Razak untuk anak-anaknya. Dikenali sebagai Razak Sensei (guru) dalam kalangan kenalan, nasihat Abdul Razak yang bernilai ialah “merendah dirilah tetapi bukan merendahkan harga diri”. Nasihat ini meluaskan perspektif seseorang terhadap pendekatan belajar dan mempelajari sesuatu yang baharu dengan membolehkan proses belajar berlaku tanpa mengira kedudukan dan latarbelakang seseorang. Selain itu, prinsip jujur, ikhlas serta amanah kepada diri sendiri menjadi satu cara hidup yang sangat bermaruah walaupun nampak mudah dan sederhana. Baginya, tiada tempat untuk bersikap curang, tamak dan pembohongan dalam hidup ini. Abdul Razak adalah insan yang mempraktis dan mempamer nilai moral sepanjang hayatnya. Seperti kata Profesor Diraja Ungku Aziz dalam satu temubual, “Razak tidak memaksa nilai murni Jepun masuk ke dalam dirinya, tetapi ia seperti telah berada dalam dirinya. Nilai-nilai Jepun memang sangat memberi kesan kepadanya”.
Maka, hubungan kebudayaan Malaysia dan Jepun ini mahu terus dijalinkan dengan menghidupkan semangat dan nilai Razak Sensei dalam gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebuah buku dilancarkan dalam Malaysia Japan Discourse Academic Conference pada 4 Disember lalu bertajuk Razak Sensei Pemangkin Jalinan Malaysia-Jepun dalam bahasa Jepun. Buku yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Japan Foundation merangkumi hasil temubual dengan pakar-pakar yang mengenali Razak Sensei seperti Prof Dr Taji Hota dan Prof Dr Kazuka Oniki.
Buku ini dilihat terbit sesuai pada masanya seperti meraikan kerancakan hubungan Malaysia dan Jepun setelah Perdana Menteri membuat kenyataan bahawa beliau akan memperkukuh Dasar Pandang ke Timur untuk memanfaatkan kedua-dua negara. Dengan penerbitan karya-karya hero tidak didendang seperti ini, semoga ia akan lebih memberi peluang kepada rakyat Malaysia menimba pengalaman menerusi tokoh-tokoh seperti Razak Sensei yang bukan hanya cemerlang akademik tetapi kehadirannya membawa makna mendalam dalam mendewasakan kemanusiaan.
Hal ini selari dengan apa yang disebut oleh Profesor Hisao Takekuma dari Kyushu University, Jepun yang berkongsi tentang keunikan sistem pendidikan Jepun. Menurutnya, apa yang penting ialah ilmu dibentuk bersama oleh guru dan pelajar (collaborative learning). Ini dibentuk untuk mencapai makna kearifan lokal dari segi teknologi atau apa bidang sekalipun. Apa yang menarik di sini ialah apa yang ditekankan dalam pendidikan Jepun ialah “makna” terhadap sesuatu isi kandungan. Dengan itu, apabila teknologi diberikan makna, maka pastinya maknanya bukan yang membinasakan, bukan yang merobohkan dan bukan yang mendukacitakan. Penciptaan teknologi diberikan makna yang saya kira makna kemanusiaan, iaitu bagaimana teknologi boleh digunakan untuk kemaslahatan. Maka, pendidikan itu haruslah memanusiakan manusia dan bukan menjauhkan manusia daripada nilai-nilai seorang insan.
Mungkin ini satu lagi aspek yang kita boleh lihat dalam menambahbaik sistem pendidikan kita. Apabila pengetahuan diajar dalam bentuk “pengetahuan” semata-mata, kita akan kehilangan begitu banyak peluang lain. Antaranya ialah peluang memperbaiki dunia dengan teknologi, peluang memperbaiki diri dengan nilai murni dan peluang untuk mendaki dengan merendah diri. Jika kita tidak mengambil peluang yang ada ini, kita boleh kehilangan segala-galanya nanti.