AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
KEWARTAWANAN DATA SEBAGAI MASA HADAPAN KEWARTAWANAN
Oleh: Dr Siti Suriani Othman
Pensyarah Kanan

Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 6 Mei 2020
Hampir setiap masa, jurnalis digeruni dengan masa hadapan bidang kewartawanan. Manakan tidak, kita sendiri dapat lihat betapa syarikat media gergasi hari ini tidak lagi menyinga seperti dahulu. Malah, ada yang gulung tikar kerana tekanan kewangan dan ketidakupayaan menentang ledakan teknologi. Iklan yang jumlahnya berjuta-juta Ringgit dahulu tidak lagi berupaya menjadi sumber utama pendapatan yang menyokong nadi pengurusan dan editorial syarikat. Malah, kewujudan media dalam talian yang percuma dan membenarkan sesiapa sahaja menjadi jurnalis mengocak model perniagaan kewartawanan tradisional. Apabila ada yang percuma, siapakah yang hendak membayar lagi untuk mendapatkan maklumat?

Jadi apakah antara unsur yang boleh mengembalikan semula taraf kewartawanan profesional sekaligus mengekalkan kerelevanan bidang ini pada masa hadapan? Di barat, kewartawanan data dilihat adalah antara jawapan bagi persoalan ini. Kewartawanan data adalah satu bentuk penghasilan laporan yang terhasil daripada penggunaan dan penyiasatan yang dilakukan daripada data dan statistik untuk mendapatkan maksud yang lebih mendalam bagi sesebuah tajuk yang sedang dihasilkan. Maksudnya, data yang relevan digunakan untuk memahami sesuatu peristiwa dengan lebih mendalam dan hasilnya dikongsikan dalam bentuk berita atau penulisan media yang lain. Laporan beritanya pula dipersembahkan dalam bentuk yang mudah tetapi menarik iaitu dalam bentuk jadual, graf, peta, infografik dan visual-visual yang menarik. Hasilnya, penulisan yang berkesan dihasilkan, dan pembaca juga mudah memahami apa yang cuba disampaikan walaupun berita yang dilaporkan asalnya adalah kompleks.

Maka, jangan salah faham bahawa kewartawanan data disamakan dengan matematik atau penulisan koding komputer. Ia adalah satu bentuk penceritaan yang menggunakan pelbagai sumber yang ada untuk dihasilkan dan dipersembahkan kepada khalayak. Dalam kewartawanan data, berita bukan hanya mengandungi perkataan tetapi angka yang memudahkan kefahaman. Dengan maklumat yang konkrit, kepercayaan pembaca juga meningkat terhadap apa yang dilaporkan, maka meningkatkan kredibiliti kewartawanan profesional berbanding kewartawanan warga. Inilah antara langkah untuk memastikan jurnalis dan bidang kewartawanan kekal relevan kepada pembacanya. Ini mengelakkan salah maklumat dikongsikan, dan menjadikan setiap maklumat yang diterbitkan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

Kajian oleh Google News Lab pada 2017 mendapati bahawa di Amerika, 42 peratus wartawan menggunakan data untuk menghasilkan berita dan 51 peratus organisasi berita di Amerika dan Eropah mempunyai journalis data yang khusus. Dari segi jenis penulisan, 33 peratus jurnalis menggunakan data untuk menulis berita politik diikuti 28 peratus untuk berita kewangan dan 25 peratus untuk berita penyiasatan.

Di Malaysia pula, kewartawanan data masih sesuatu yang baharu dalam dunia penulisan media tempatan. Ia diamalkan, antara lainnya di bilik berita Malaysiakini dan penubuhan organisasi media swasta berteraskan data seperti Malaysia Indicator. Jika dibandingkan amalan kewartawanan data di Malaysia dan negara lain di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina dan Singapura, Malaysia masih jauh ketinggalan. Namun, usaha untuk mengetengahkan kewartawanan data tetap dilakukan seperti memberi biasiswa kepada jurnalis terpilih untuk mendalami ilmu ini dan berkongsi kepakaran dengan jurnalis lain pada masa hadapan.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor