AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
MEMAHAMI BERITA PALSU DARI PERSPEKTIF KEWARTAWANAN
Oleh: Dr Siti Suriani Othman
Pensyarah Kanan

Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 4 Mei 2020
Berita palsu bukan terma yang asing bagi kita hari ini. Setiap hari, ada sahaja berita yang dikongsikan dalam media sosial yang dipersoalkan kesahihannya. Sungguhpun konsep berita palsu bukan sesuatu yang baharu dalam kewartawanan, tetapi dengan kecanggihan teknologi hari ini, berita palsu amat mudah direka dan dikongsi kepada jumlah khalayak yang ramai. Kerana itu, terma berita palsu semakin menjadi-jadi dibualkan. Malah, ada berita palsu yang kelihatan “lebih benar” daripada berita yang benar!

Definisi berita palsu masih didebatkan dalam kalangan sarjana. Umumnya, berita palsu difahami dari beberapa pandangan iaitu berita yang mempunyai niat menipu, berita yang mempunyai maklumat yang salah dan berita palsu yang hampir sama dengan berita sebenar. Dalam sebuah kajian tentang berita palsu, ada sarjana yang mengkategorikan berita palsu sebagai ditulis dengan niat, ditulis tanpa niat (satu bentuk kesilapan), yang mana kesilapan itu termasuklah laporan berita yang lemah dan tidak menepati piawaian kewartawanan.

Ini bermakna, berita palsu boleh dilihat dalam definisi yang lebih luas iaitu sebagai “kecamukan maklumat”. Berita palsu bukan hanya berita yang berniat menipu tetapi termasuk juga berita yang dimanipulasi oleh jurnalis atau netizen. Berita palsu termasuklah berita satirikal iaitu bentuk berita palsu yang paling minimal bahayanya, dan berita palsu yang mengandungi maklumat palsu semata-mata iaitu bentuk yang paling bahaya. Untuk memahami berita palsu dengan lebih bersistem, sarjana mengkategorikan berita palsu kepada tujuh jenis iaitu (1) berita palsu yang mengandungi seratus peratus maklumat palsu, (2) berita yang mengandungi beberapa elemen tidak benar di dalamnya, (3) berita yang tidak disaksikan sendiri oleh wartawan tetapi ia ditulis seolah-olah hadir dan menyaksikan sesuatu peristiwa, (4) berita yang mewujudkan sumber berita yang tidak wujud, (5) berita yang salah guna kenyataan sumber berita, (6) plagiat dan (7) penggunaan penulisan orang lain yang tidak diberikan kredit sebagaimana sepatutnya.

Maka, perkara yang menjadi penting ialah bagaimana untuk mengurangkan impak buruk berita palsu dan mengurangkan penyebaran berita palsu. Tidak dinafikan, teknologi memudahkan penyebaran berita palsu, tetapi kita juga harus sedar bahawa teknologi jugalah yang menyediakan ruang untuk semakan fakta palsu dilakukan dengan lebih mudah. Hari ini, maklumat boleh disemak melalui teknologi tertentu untuk ditentukan kesahihannya. Ini sangat perlu dilakukan di peringkat penghasilan berita di bilik berita. Tindakan ini juga adalah selari dengan keperluan semakan fakta dalam Islam yang menyarankan setiap fakta perlu disemak dan disahkan sebelum dikongsi.

Dalam pada itu, peranan setiap individu juga sangat penting dalam mengurangkan penyebaran berita palsu. Satu kajian di Singapura yang mengkaji 2501 responden mendapati individu bergantung kepada penilaian mereka sendiri dan sumber mesej yang diterima dalam menilai apa yang mereka baca dalam media sosial. Jika mereka masih ragu, mereka akan menggunakan sumber-sumber luaran yang lain untuk mengesahkannya.

Kajian ini, dan isu berita palsu umumnya berkait rapat dengan isu “kepercayaan” individu yang menerima maklumat. Kajian oleh Reuters Institute Digital News Report 2017 menunjukkan lebih 70,000 pengguna berita dalam talian di 36 negara di dunia mempunyai kepercayaan terhadap berita dengan darjah yang berbeza-beza. Finland mencatatkan negara yang mempunyai kepercayaan tertinggi terhadap berita iaitu 62 peratus, manakala yang terendah ialah Greece dan Korea Selatan dengan 23 peratus. Dalam satu kajian berbeza, remaja dikenalpasti sebagai golongan yang mempercayai berita yang telah mereka pastikan benar melalui perbualan dengan golongan dewasa. Namun, golongan ini menganggap berita yang dihasilkan oleh organisasi media sebagai tidak boleh dipercayai dan membosankan. Mereka lebih suka dan percaya berita yang dikongsikan dalam media sosial yang lebih berbentuk pendapat yang membantu mereka memahami situasi politik dan sosial negara, dan boleh pula mempunyai dan berkongsi pandangan peribadi mereka dalam hal itu dalam platform dalam talian.

Ini bermakna, berita palsu boleh dikurangkan kesannya dan penyebarannya melalui sikap berhati-hati setiap pengguna media terhadap berita yang diterima. Berita yang berbunyi “benar” belum tentu benar, sungguhpun mempunyai pandangan peribadi dan bukti yang seolah-olah nyata. Golongan remaja perlu berhati-hati dengan berita-berita yang berbentuk begini kerana mereka mudah menganggap berita itu adalah benar. Di peringkat organisasi media, semakan fakta adalah sangat penting dan ilmu ini perlu menjadi agenda penting setiap organisasi supaya tidak menerbitkan sesuatu yang tidak benar, dan mengurangkan kepercayaan khalayak terhadap media profesional.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor