AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
ADAT PERPATIH DAN SYARAK
Oleh: Dr Mualimin Mohammad Sahid, Penyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang &
Dr Siti Suriani Othman, Pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Disiarkan pada 10 Mac 2020

Siapa tidak kenal Negeri Sembilan (NS) dengan adat perpatihnya. Selain dikenali sebagai negeri yang “menyebelahi wanita”, NS juga digeruni sesetengah kaum adam yang dibobrokkan dengan kebarangkalian sehelai sepinggang andai ditakdirkan bercerai dengan isteri yang berasal dari NS. Persoalannya yang lebih luas dan mendalam ialah, adakah adat ini bercanggah dengan syarak atau sebaliknya?

Dari segi usulnya, adat ini berasal dari Minang, Sumatera, dan hasil percampuran antara adat orang tempatan (suku Biduanda) dan adat Minang yang besandarkan kepada agama Islam sebagai panduan. Ia jelas disebut dalam perbilangan “adat berpandukan syarak, syarak berpandukan kitabullah”.

Berbalik kepada salah faham utama tentang adat ini iaitu dari segi amalan pewarisan harta pusaka dan susur galur di sebelah ibu (sistem matrilenial), serta mengutamakan pihak perempuan. Perbincangan ilmiah dan empirikal telah membuktikan bahawa amalan adat Perpatih selari dengan syarak dan ini seharusnya hanya merujuk ajaran Islam. Ini bermakna, amalan yang bercanggah dengan Islam sudah semestinya bukan dari amalan adat Perpatih dan perlu ditinggalkan.

Misalnya, pewarisan harta pusaka yang berupa tanah adat hanya kepada ahli waris perempuan adalah berdasarkan kepada amalan adat iaitu kebiasaan (atau uruf) yang diiktiraf oleh syarak. Tanah adat kebiasannya adalah bukan milik individu tapi milik bersama (suku). Justeru tidak boleh diwariskan mengikut faraid kerana tidak cukup syarat sebagai harta yang wajib diwariskan berdasarkan hukum faraid. Secara turun-temurun masyarakat adat telah mengamalkan kebiasaan ini. Sebagai usaha pencerahan hukum berkaitan isu ini, jabatan Mufti kerajaan Negeri Sembilan sendiri telah menerbitkan bahan bacaan berkaitan hukum keharusan pewarisan tanah adat. Dengan kefahaman ini, masyarakat perlu memperbetulkan persepsi bahawa tidak semua harta pusaka dalam masyarakat adat akan jatuh hanya kepada anak perempuan.

Dalam konteks tanah yang telah diturunkan kepada pewaris perempuan, jika pewaris ini berkahwin dan membina rumah, ini memberi implikasi terhadap pembahagian harga terutama apabila berlakunya penceraian. Misalnya, tanah adat yang diturunkan kepada pewaris tidak boleh dijual, maka jika berlaku penceraian, maka rumah yang dibina tidak boleh dijual. Bagaimana mungkin rumah tersebut dijual tanpa tanah di mana ia dibina? Namun logiknya, yang akan mendapat manfaat daripada rumah tersebut ialah anak-anak pasangan. Jadi, persoalan menjual rumah sepatutnya tidak menjadi hal kepada bekas suami yang pastinya mahukan tempat perlindungan yang baik untuk anak-anaknya. Persoalan inilah yang kadang kala tidak difahami dan menganggap perkahwinan yang berakhir dengan penceraian akan membawa kepada keadaan ‘sehelai sepinggang’ dalam kalangan bekas suami.

Maka dalam usaha turut memberi pencerahan dan penjelasan terhadap kekeliruan berkaitan amalan adat Perpatih, para pengkaji di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut menerbitkan beberapa karya tulis dan menganjurkan siri seminar dan forum berkaitan ini. Antaranya adalah penyelidikan tentang amalan adat Perpatih patuh Syariah. Usaha hasil kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi menerusi USIM dan Lembaga Adat Negeri Sembilan dengan beberapa siri pencerahan termasuk seminar Adat Perpatih bertajuk Adat Perpatih dan Syarak Berpisah Tiada. Resolusi daripada seminar ini mengetengahkan tentang kepentingan melestari dan menjaga amalan adat Perpatih ini sebagai satu kebanggaan masyarakat Negeri Sembilan kerana ianya selari dengan syarak.

Dengan pengisytiharan Seremban sebagai Bandaraya pada tahun 2019 khazanah Adat yang diwariskan turun-temurun ini perlu dikekalkan dan yang paling penting, memahami konsepnya agar dapat memanfaatkan semua dan bukannya menyebabkan perselisihan faham.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor