AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
PERANAN KAUNSELOR DALAM MENANGANI MASALAH DADAH
Oleh: Dr Siti Suriani Othman, Penulis Tamu Majlis Profesor Negara dan Pensyarah USIM &
Dr Amin al-Haadi Shafie, Pensyarah Kanan, Program Kaunseling, USIM
Disiarkan pada 10 Mac 2020

Dalam keghairahan kita membincangkan pasca Pilihanraya Umum ke-14, kita tidak boleh alpa tentang kepentingan meletakkan dadah sebagai satu agenda negara yang perlu dibendung habis-habisan. Statistik tahun 2016 menunjukkan kes penagihan dadah meningkat di Malaysia sebanyak 14 peratus kepada 30, 847 kes berbanding 26, 668 kes pada 2015. Kesukaran kempen perangi dadah antara lain, adalah disebabkan oleh mudahnya memperoleh dadah, terutama dari negara jiran. Maksudnya, dalam bagaimana sekalipun keadaan negara, dadah kekal musuh utama.

Di Amerika, masalah ketagihan dan salah guna dadah adalah masalah terbesar di negara itu. Masakan tidak, masalah ini merugikan negara lebih 484 bilion USD setiap tahun melalui kehilangan kerja, kos kesihatan, jenayah, kemalangan jalan raya dan kos-kos lain yang melibatkan sistem keadilan jenayah. Malah, ketagihan dadah juga boleh dikaitkan dengan lebih separuh daripada jenayah utama yang berlaku di Amerika, yang melibatkan keganasan dan pembunuhan.

Remaja di Amerika pula sangat terdedah dengan ketagihan alkohol yang juga merupakan satu bentuk salah guna dadah. “Penyakit” ini membawa kematian lebih 4300 remaja berusia bawah 21 tahun di negara itu. Di Malaysia, murid sekolah juga tidak terlepas daripada ancaman dadah dalam bentuk yang berbeza-beza. Misalnya, 0.03% daripada 4.7 juta murid sekolah dikenal pasti terlibat mencuba dadah, walaupun mereka tidak dikategorikan sebagai penagih dadah.

Daripada jumlah itu, 75.68% murid mengambil dadah jenis methamphetamine, kanabis (16.73%), opiat (5.17%), amphetamine (2.23%) dan ketamin (0.19%). Di Amerika pula, ganja adalah dadah utama yang diambil murid sekolah terutama dalam kalangan pelajar menengah. Dalam hal ini, peranan kaunselor sekolah amat penting dalam memastikan pelajar mempunyai ruang berbincang, menyatakan masalah dan memberi cadangan terhadap penyelesaian masalah. Selain itu, kajian juga menunjukkan peranan kaunselor sekolah juga merangkumi kerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat setempat untuk menyediakan sokongan kepada pelajar yang memerlukan.
 
World Health Organization (2006) memberikan panduan kepada kaunselor dalam mengenalpasti strategi yang tidak berkesan. Antaranya ialah program yang berbentuk ceramah yang dijalankan dengan pelajar yang ramai, ceramah berbentuk satu hala, ceramah yang menerangkan kesan dadah untuk tujuan menakutkan, menganjurkan program pencegahan dadah tetapi golongan sasaran yang salah dan kempen menyatakan TIDAK kepada dadah.

Di sinilah peranan kaunselor sekolah menjadi sangat kritikal. Kaunselor yang mahir akan dapat mengenal pasti strategi yang berkesan dalam pencegahan dadah di peringkat sekolah yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah. Program yang baik dan berkesan bentuknya antara lain mempunyai ciri-ciri seperti
  1. Sesebuah program pendidikan dadah perlulah emperikal (evidence-based), membangun secara sistematik, berterusan dan kontektual.Pengajaran program anti dadah mestilah interaktif dan mengguna pemimpin remaja atau pelajar dan guru kelas.
  2. Mengubah Persepsi dan Gaya Berfikir
Kebolehan kaunselor merencana program pencegahan yang dapat mengubah persepsi dan gaya berfikir kumpulan sasar juga penting. Gaya berfikir dan persepsi hanya akan berubah sekiranya kaedah dan penyusunan bahan kandungan program sesuai dengan keperluan psikologi kumpulan sasar, sebagai contoh, mereka yang lebih dewasa mungkin sesuai jika diberi penekanan kepada kesihatan dengan menekankan fakta bahawa mengambil barangan terlarang ini akan mengakibatkan ganguna kesihatan. Menekankan fakta penampilan seperti ketampanan dan kecantikan akan terjejas jika menagih dengan bahan-bahan terlarang mungkin lebih diterima dalam kalangan remaja.
     3.  Mengenal Pasti Kumpulan Sasaran
Kaunselor sekolah adalah merupakan pihak yang mempunyai autoriti dalam mengenal pasti kumpulan sasar program pencegahan dadah di sekolah mereka. Perlaksanaan sesebuah program pencegahan boleh dijalankan kepada semua pihak, kepada umum atau kepada golongan sasaran yang tertentu.

Memandangkan peningkatan penyalahgunaan dan ketagihan dadah yang meningkat dalam kalangan kanak-kanak, adalah penting bagi sekolah untuk menyediakan keperluan bagi golongan pelajar yang berisiko terhadap penyalahgunaan ini. Kaunselor sekolah perlu membantu mengelakkan pelajar yang berisiko daripada terlibat. Mengenalpasti pelajar yang berisiko dan bekerjasama dengan pelbagai pihak membantu mengekang gejala ini. Dalam hal ini, jelas peranan kaunselor sekolah adalah sangat penting dalam mengurangkan penyalahgunaan dadah, seterusnya penagihan dadah dan tugas itu murni ini perlukan sokongan padu setiap ahli masyarakat kerana ia bukan tugas yang boleh dilaksanakan secara bersendirian.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor