AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
KEBIASAAN BAHARU PKP
Oleh: Dr. Nursilah Ahmad
Profesor Madya

Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 12 Mei 2020
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020. Ramai yang telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Dari soal selidik yang dilakukan Berita Harian (BH), majoriti bersetuju PKP perlu dilanjutkan.
 
Pesan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita perlu bersedia dengan kebiasaan baharu. Norma baharu. Pandemik Covid-19 adalah butang reset untuk masyarakat menilai erti kehidupan.
 
Forbes Middle East menyenaraikan 10 kebiasaan baharu dunia akan tempuhi selepas pandemik ini berakhir. Dunia akan distruktur semula. Kita ikuti ringkasan penulis rencana tersebut, Khuloud Al Omian dengan sedikit pengubahsuaian.
 
Pertama, China akan menjadi ekonomi terbesar dunia mengalahkan Amerika Syarikat. Ekonomi negara-negara Asia juga akan pulih lebih awal dari krisis Covid-19.
 
Kedua, penggunaan produksi mesin automatik dan infrastruktur yang diperlukan akan bertambah. Ini akan menjimatkan kos, meningkatkan produktiviti dan kualiti produk. Yang lebih penting, sekiranya krisis kesihatan melanda lagi, dunia tidak perlu menghentikan pengeluaran barangan kritikal kerana mesin masih boleh beroperasi semasa PKP.
 
Ketiga, teknologi akan digunakan secara meluas dan menjadi pengubah permainan di masa hadapan.  Bekerja dari rumah, pembelian dan pembayaran atas talian, e-dagang dan teknologi berasaskan Internet akan mendominasi aktiviti seharian.
 
Keempat, aktiviti penerbangan atas urusan perniagaan akan menurun. Teleconferencing dan mesyuarat secara maya akan menjadi norma baharu. Bagi yang mampu, jet persendirian digunakan untuk penerbangan antarabangsa.
 
Kelima, e-Perkhimatan kerajan akan digunakan secara meluas di Timur Tengah. Sebagai contoh, Emiriah Arab Bersatu (UAE) meneruskan urusan seperti biasa sewaktu pandemik ini, termasuk perbicaraan mahkamah, imigresen dan urusan berkaitan pasport hasil pembangunan e-Perkhidmatan mereka.
 
Keenam, negara seluruh dunia akan memperuntukkan belanjawan yang lebih tinggi dalam sektor kesihatan. Syarikat permulaan berasaskan teknologi akan bercambah dengan idea-idea kreatif.
 
Ketujuh, rakyat menaruh kepercayaan atas keupayaan kerajaan dan bank pusat menangani wabak korona di Timur Tengah. Krisis kesihatan awam ini memerlukan pakej rangsangan luarbiasa yang belum pernah berlaku sebelum ini.
 
Kelapan, terdapat perubahan sosial di peringkat global. Satu dunia saling membantu dan ada rasa empati. Jutawan Itali berlumba-lumba membantu kerajaan dan termasuk jutawan. China menghantar pakar, peralatan perubatan ke Itali untuk bantu tangani wabak korona.
 
Kesembilan, terdapat peningkatan kesihatan alam sekitar dan perkara ini dijangka kekal. Kajian beberapa pertubuhan dunia seperti NASA dan ESA mendapati terdapat penurunan kandungan nitrogen dioksida di beberapa bahagian di China dan Itali pada bulan lalu. Penyelidikan di Oslo pula menjangka tingkat kadar karbon dioksida di bumi akan menurun sebanyak 1.2 peratus tahun ini.

Akhir sekali, UNESCO melaporkan 188 negara telah menutup sekolah di seluruh dunia. Justeru, pembelajaran di rumah akan menjadi kebiasaan baharu. Ini akan beri peluang kepada ibubapa untuk mengenalpasti dan mengilap bakat dan kemahiran anak-anak mereka di peringkat awal. Negara-negara pasaran baru muncul, termasuk Malaysia, akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan. 
 
Ringkasnya, setelah krisis ini berlalu, akan ada perubahan positif. Dari sudut kekeluargaan, sosial, ekonomi dan teknologi.
 
Bagaimana kita boleh manafaatkan kebiasaan baharu ini? Kita boleh asah kemahiran sedia ada. Memasak, menjahit, berkebun dan menghasilkan kraft tangan bersama anak-anak. Boleh cuba permainan tradisi yang diberi nafas segar.
 
Kita sering terhibur dengan gelagat permainan sekeluarga yang dikongsi di media sosial sewaktu PKP ini. Netizen juga berkongsi resepi yang cepat, mudah dan ringkas di Internet. Anda sudah cuba resepi cucur maggi, cucur bihun dan kek milo viral dua bahan?
 
Bagaimana dengan kemahiran baharu? Mari belajar “coding”. Coding ialah proses menulis kod computer. Coding mengajar kita untuk berfikir secara logik dan teratur. Menyelesaikan masalah satu persatu.
 
Di China, menurut the Japan Times, coding hanya mainan anak kecil. Kanak-kanak  berusia lapan tahun sudah jadi guru coding secara atas talian. Seorang bapa meletakkan syarat kepada anaknya yang berusia 10 tahun – boleh bermain permainan komputer yang dicipta sendiri sahaja.
 
Ada banyak kebaikan mempelajari coding yang tiada kaitan langsung dengan menulis kod komputer. Contohnya memupuk kreativiti, penyelesaian masalah, kemahiran membentang, empati, pembelajaran autentik dan lain-lain.
 
Anda tidak yakin? BH pernah menyiarkan kisah Adik Muhammad Thaqif Syahiran Jamzuri, 12 tahun yang mencipta permainan komputer sendiri pada tahun 2018.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor