AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
LAMBAKAN UGC CABARAN KEPADA JURNALIS PROFESIONAL
Oleh: Dr Siti Suriani Othman
Pensyarah Kanan

Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 11 Mei 2020
Hari ini, hampir semua daripada kita menghasilkan kandungan dan berkongsi dalam media sosial. Kita tulis posting di Facebook atau Instagram, kita kongsi cerita, gambar atau video dalam media sosial, itu semua adalah penghasilan isi kandungan. Dalam kajian komunikasi, kandungan dari netizen atau khalayak biasa yang bukan jurnalis profesional dipanggil sebagai user-generated content (UGC). Hari ini, kita dapat lihat betapa banyaknya UGC dihasilkan setiap saat oleh jutaan pengguna media sosial seluruh dunia.

Dari segi praktis kewartawanan, UGC menjadikan perbezaan antara siapa yang menghasilkan kandungan dengan pengguna kandungan tidak jelas. Dari segi amalan, ini memerlukan jurnalis untuk lebih bekerja keras untuk memastikan mereka berupaya berfungsi secara profesional dan dipercayai oleh khalayak. Dalam konteks kewartawanan warga, UGC yang dihasilkan oleh netizen, sungguhpun bukan golongan penulis profesional, mempunyai pengikutnya sendiri, malah ada pembaca yang mempercayai UGC lebih daripada karya penulis profesional kerana sifat UGC yang berteraskan kejadian sebenar beserta bukti kejadian seperti video dan gambar yang dirakam serta-merta.

Ini bermakna, penghasilan UGC oleh netizen melibatkan khalayak sebenar dalam prosesnya. Dan Gilmor dalam bukunya “We the Media” adalah antara buku pertama yang membincangkan tentang kewartawanan warga dan penghasilannya.

Kewartawanan warga itu sendiri mempunyai maksud yang luas. Misalnya, ada sarjana yang mendefinisikan kewartawanan warga dari segi fungsinya iaitu mendemokrasikan idea dan maklumat. Tetapi, selain itu ada juga yang cuba memahaminya dari aspek yang lebih spesifik iaitu kaedah pengumpulan berita dan teknologi yang terlibat. Ia merangkumi aktiviti-aktiviti yang berteraskan web seperti Web 2.0 dan media sosial. Ia termasuk juga aktiviti blog, memuat naik video dan gambar, memberi komen dalam talian, mengambil bahagian dalam forum dalam talian dan menghasilkan profail dan jaringan.

Dalam konteks bilik berita, media sosial adalah alat yang dilihat paling berkuasa dalam prose penghasilan dan perkongsian UGC. YouTube misalnya adalah antara sumber berita yang berpotensi dan digunakan dalam bilik berita di luar negara untuk mendapatkan idea penulisan berita. Begitu juga Twitter, Facebook dan media sosial yang lain.

Di bilik berita banyak negara, kebanyakan wartawan melihat UGC sebagai “tambahan” kepada kewartawanan profesional. Akhbar di United Kingdom (UK) iaitu Guardian menggunakan UGC sebagai pelengkap kepada berita yang dihasilkan oleh wartawan profesionalnya. Dengan ini, khalayak dihidangkan dengan pelbagai variasi berita dari pelbagai perspektif dan pandangan.

Dalam masa yang sama, UGC juga membuka peluang kepada khalayak pembaca untuk berkongsi reaksi dengan cepat dan mudah. Komen dalam talian ini membolehakn jurnalis mengetahui pandangan masyarakat dengan cepat. Inilah salah satu ciri kewartawanan baharu yang tidak dapat ditemui pada zaman media tradisional.

Di sinilah UGC menyediakan ruang yang fleksibel bagi semua pihak untuk turut terlibat sama dalam proses penghasilan kandungan. Khalayak bukan hanya boleh menjadi sebahagian daripada kandungan, tetapi juga boleh menilai sendiri kualiti kewartawanan. Peranan UGC memberi nilai tambah kepada fungsi kewartawanan iaitu ia mampu mengetegahkan perasaan kasihan sesama manusia serta meningkatkan demokrasi menerusi pemberitaan.

Sungguhpun begitu, UGC tidak mendapat reaksi positif di semua negara. Kajian di Sweden menunjukkan UGC dilihat sebagai medium yang hanya berupaya meningkatkan penglibatan pembaca dalam proses pembuatan berita dan tidak lebih daripada itu. Di China pula, UGC dilihat oleh jurnalis profesional sebagai usaha penulisan oleh penulis amatur yang tidak memberi kesan kepada proses penghasilan berita di bilik berita. Hal ini mungkin sekali boleh dikaitkan dengan isu kredibiliti kandungan yang dihasilkan oleh wartawan warga. Sumber berita yang sering dipetik adalah dari media sosial dan bukan dari sumber berita yang berkredibiliti, boleh dipersoalkan.

Landskap ini memperlihatkan perubahan amalan kewartawanan yang cukup berbeza berbanding sebelumnya. UGC mengubah sempadan tugas jurnalis profesional dalam pelbagai keadaan. Misalnya, semakan fakta perlu dilakukan dengan lebih kerap dan berkesan kerana begitu banyak maklumat yang datang dari wartawan warga yang perlu disahkan.

Inilah antara cabaran yang harus dilalui oleh jurnalis hari ini. Sungguhpun mencabar, namun ia tidak bererti kewartawanan profesional tidak lagi mempunyai nilai. Di sinilah perlunya jurnalis profesional untuk bijak menggunakan peluang yang ada untuk kekal relevan di mata khalayak, seterusnya mengekalkan status kewartawanan sebagai salah satu tiang demokrasi.

We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor