MELAHIRKAN GRADUAN KEWARTAWANAN YANG SEIMBANG
Oleh: Dr Siti Suriani Othman
Pensyarah Kanan
Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 10 Mei 2020

Antara dilema dalam pendidikan kewartawanan di negara ini adalah menyeimbangkan kurikulum yang berbasiskan Barat dengan keperluan tempatan. Tambahan lagi, akademia dalam bidang komunikasi di negara ini begitu ramai yang mendapat didikan Barat terutama di Amerika, United Kingdom (UK) dan Eropah.
Silibus kewartawanan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) misalnya beroritentasikan Amerika yang menggunakan buku-buku rujukan dari Barat yang kadang kala mengandungi pandangan yang bertentangan dengan kesesuaian pandangan tempatan. Keadaan ini difahami oleh akademia dalam bidang komunikasi di Malaysia, dalam satu kajian yang pernah dijalankan. Mereka faham wujudnya keperluan untuk memastikan media massa untuk pembangunan bangsa dan meningkatkan keharmonian di negara ini.
Isu lain yang turut berlegar ialah ketidakseimbangan kajian yang lebih banyak berbentuk kuantitatif berbanding kajian kualitatif. Ini juga adalah kesan daripada penekanan kepada pendidikan yang berorientasikan Amerika yang lebih mengutamakan kajian berbentuk kuantitatif dalam kajian-kajian kewartawanannya seperti kajian liputan media dan kajian khalayak.
Dari segi sejarahnya, pendidikan kewartawanan secara formal di Malaysia bermula pada 1963 apabila International Press Institute dengan kerajasama Asia Foundation menganjurkan kursus kewartawanan selama enam bulan dalam kalangan wartawan Malaysia dan pegawai kerajaan. Di peringkat universiti, Universiti Malaya (UM) merupakan universiti pertama yang mencadangkan pengajian kewartawanan pada 1970-an tetapi tidak diteruskan kerana tidak mendapat keyakinan daripada pentadbiran UM yang melihat bidang kewartawanan adalah satu bentuk pengajian teknikal yang tidak perlu diajar di peringkat universiti. Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi universiti pertama yang menawarkan kursus komunikasi massa pada 1971 diikuti UiTM pada 1972, UKM pada 1975, UM pada 1977 dan UPM pada 1979.
Dari segi kurikulum, hampir semua universiti menawarkan kurikulum berbentuk akademik kecuali UiTM. Antara yang dimasukkan dalam kurikulum ialah latihan industri, penghasilan akhbar kampus serta ceramah-ceramah dari industri. Dari segi komponen pengajaran, antara yang dititikberatkan ialah kemahiran penulisan dan penyuntingan, kemahiran bahasa dan pemikiran kritikal, pengetahuan khusus komunikasi dan kemahiran komputer dan produksi.
Pada 2006, satu kajian yang dikenali sebagai Council for Heads of Communication Studies (COHECS) yang diketuai oleh Dr. Faridah Ibrahim melihat perkembangan keseluruhan pengajian komunikasi di universiti awam di Malaysia. Antara cadangan dari kajian ini adalah untuk menambah tempoh latihan industri, meningkatkan hubungan dengan organisasi media dan jabatan media perlu lebih global.
Ini memberi cabaran kepada akademia dalam bidang kewartawanan untuk mendepani cabaran dalam menghasilkan wartawan yang tekal dan berkemahiran tinggi. Antaranya ialah keperluan untuk berkolaborasi dengan industri dan mendapatkan pengalaman industri menerusi latihan-latihan yang relevan.
Namun dalam masa yang sama, perlunya keseimbangan antara kemahiran yang selari dengan keperluan industri dengan ilmu mendalam yang membezakan wartawan yang dilatih di universiti. Ini bermaksud, graduan kewartawanan mestilah berupaya menjadi wartawan yang bukan hanya mampu menulis dengan baik tetapi juga yang mempunyai pemikiran kritikal dan mendalam dalam bidang ilmu serta dalam menaakul isu dan tajuk yang dihasilkan. Dalam konteks ini, kemahiran menulis dan pengalaman dengan industri sememangnya penting dan diperlukan, tetapi dalam masa yang sama graduan kewartawanan perlulah boleh dikategorikan dalam golongan yang kritis dan tajam pemikirannya.
Hanya dengan menghasilkan graduan kewartawanan yang seimbang teori dan praktis akan menghasilkan produk media yang selari dengan keperluan dan kehendak negara. Wartawan yang hanya mahir tentang pengoperasian tetapi tidak falsafah dan teori bidang kewartawanan itu sendiri adalah ibarat mesin atau robot yang menulis sahaja tanpa memahami impak penulisannya. Wartawan yang seimbang pengetahuan dan kemahirannya, bukan sahaja dapat memberi impak kepada masyarakat melalui tulisannya, tetapi juga berupaya memajukan tamadun manusia sejagat secara konsisten dan lestari.