AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
MENGHARAPKAN PLURALISME MEDIA
Oleh: Dr Siti Suriani Othman
Pensyarah Kanan

Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 9 Mei 2020
Mengimpikan landskap media yang bervariasi dan berwarna-warni mungkin harapan ramai antara kita warga Malaysia yang celik media. Berdekad-dekad lamanya media kita terjerumus dalam lingkungan yang terhad dari segi pemilikan dan kebebasan akhbar yang ala kadar malah ditafsirkan sebagai “tidak bebas” oleh Barat, kita masih mengharapkan pluralisme media akan berlaku suatu hari nanti di negara ini.
Konsep pluralisme dikaitkan dengan kepelbagaian dalam media, iaitu dari segi jumlah media yang wujud dalam sesebuah negara yang menjuarai rakyat dari segi kebebasan bersuara dan kepelbagaian pendapat politik dalam budaya media. Di Barat, rakyatnya memang mendambakan kepelbagaian dan pluralisme dalam media mereka dari segi isi kandungan dan sumber media. Ramai juga yang faham keperluan pluralisme media dalam kehidupan mereka.

Umumnya, pluralisme media bermaksud wujudnya kepelbagaian suara, pendapat dan analisis dalam sesebuah sistem media (yang dikenali sebagai pluralisme dalaman) atau kewujudan pelbagai media dari segi pemilikan (dikenali sebagai pluralisme luaran). Umumnya, ini bermaksud, tiada monopoli maklumat berlaku dalam sesebuah negara yang memperlihatkan landskap media yang plural sifatnya. Pelbagai maklumat dari pelbagai sisi dikongsikan, dan ia datang dari pelbagai organisasi media dari pelbagai jenis pemilikan.

Konsep pluralisme media ini dilihat antara konsep terpenting dalam sesebuah negara yang mendukung demokrasi. Malah, Reporters Without Borders melihat “akses terhadap kepelbagaian editorial dan analisis adalah sangat penting bagi rakyat untuk mendebatkan idea dan menjadikan mereka jelas dengan pilihan yang dibuat serta meneruskan kehidupan dengan bebas dan berinformasi.”

Kepelbagaian media ini merupakan antara ciri penting bagi memastikan media yang bebas dalam sesebuah negara. Ini kerana, media bebas tidak boleh dimonopoli oleh mana-mana individu, ideologi atau pengaruh ekonomi. Ini boleh dilihat dari segi pluralisme luaran iaitu dari jumlah syarikat media dan variasi pemilikannya, dan pluralisme dalaman iaitu dari segi kepelbagaian isi kandungan dan pandangan yang disediakan untuk khalayak serta sejauh mana ia mewakili kepelbagaian masyarakat termasuk golongan minoriti.

Dalam sebuah laporan tentang pluralisme media dan kebebasan media di Eropah, resolusi ini menentang tindakan sesetengah kerajaan di Eropah yang membeli syarikat media untuk kepentingan politik mereka. Jika ini terus-terusan berlaku, pluralisme media tidak akan dapat dicapai, media bebas serta objektif dan telus juga akan hanya tinggal harapan. Antara cadangan untuk mengelakkan hal ini terus berlaku adalah dengan mewujudkan undang-undang pemilikan media serta ketelusan dari segi sumber dana dan pengurusan sesebuah organisasi media.

Namun, kepelbagaian dari segi pemilikan media semata-mata tidak mencukupi jika tidak disusuli dengan pluralisme dalaman yang menyediakan berita dan produk media dari perspektif yang berbeza-beza. Hanya kombinasi pluralisme dalaman dan luaran yang dapat memastikan pluralisme media sebenar dapat dicapai.

Namun, dalam dunia digital hari ini, cabaran utama yang melibatkan pluralisme ialah bukan dari segi menghasilkan kandungan media semata-mata, tetapi cabaran menghasilkan kandungan yang pelbagai dan sejauh mana keberkesannya untuk dicapai oleh khalayak. Jelas, lebih banyak kandungan alternatif perlu dihasilkan dan dikongsikan dengan berkesan supaya maklumat tidak dimonopoli oleh sesetengah organisasi yang besar dan berpengaruh sahaja.

Mengelakkan monopoli dalam apa bentuk sekalipun, baik dari segi kandungan mahupun pemilikan media, adalah perkara paling asas yang perlu dilakukan untuk Malaysia bergerak ke arah mencapai pluralisme media. Sungguhpun ia dilihat masih sukar dan jauh, namun kesedaran terhadap kepentingan pluralisme dalaman sudah mula dilihat wujud di negara ini. Begitu banyak kandungan alternatif yang dihasilkan dan dikongsikan dalam talian, perlahan-lahan membentuk pluralisme dalaman. Pluralisme luaran pula dalam konteks Malaysia akan mengambil masa yang lebih lama, tetapi kita tetap akan berjaya suatu hari nanti sebagaimana berjayanya kita mendepani cabaran pluralisme dalaman dan menghasilkan pelbagai kandungan media dari pelbagai sisi hari ini.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor