WARTAWAN MULTI-SKILLED KEPERLUAN BILIK BERITA MASA HADAPAN?
Oleh: Dr Siti Suriani Othman
Pensyarah Kanan
Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 8 Mei 2020

Hari ini, keadaan di bilik berita akhbar tidak sama lagi dengan keadaan 10 tahun lepas. Jika di Barat, perubahan ini dirasai sejak pertengahan 1990-an lagi, dengan kepelbagaian teknologi yang direka dan memberi impak kepada proses pemberitaan. Saiz bilik berita yang semakin mengecil dan pengurangan staf yang berlaku di seluruh dunia juga membawa senario baharu dalam dunia kewartawanan. Konvergens atau gabungan beberapa fungsi bilik berita kepada satu turut mengubah fungsi asas seseorang wartawan. Hari ini, seorang wartawan itu tidak lagi hanya perlu mencari berita dan menulis berita, tetapi dia perlu melakukan pelbagai tugas termasuk mengambil gambar dan membuat posting untuk media sosial.
Proses digitizasi membolehkan bilik berita berfungsi sebagaimana hari ini. Bilik berita tidak lagi mempunyai beberapa unit yang saling melengkapi tetapi menjadi satu “saluran” yang terintegrasi dalam menghasilkan sesebuah berita untuk beberapa platform berbeza. Di sinilah wujud keperluan untuk wartawan menjadi seorang yang berkeupayaan multi-skilled atau wartawan yang mempunyai pelbagai kemahiran yang melakukan pelabgai tugas dalam satu masa.
Sungguhpun dalam konteks kewartawanan hari ini, keupayaan ini dilihat penting dan sesuai dengan keadaan semasa, namun para pengkritik risaukan pengecilan jumlah pekerja yang sedang berlaku dalam sektor media. Pekerja yang kekal bekerja akan mengalami tekanan bekerja yang hebat kerana terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu masa. Ada juga, dalam masa yang sama, risau akan kualiti produk kewartawanan yang dihasilkan.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Council for the Training of Journalists (NCTJ) mendapati daripada 15000 jurnalis di Poland, Rusia dan Sweden yang dikaji, ramai yang berpendapat bahawa multi-skilling membolehkan mereka meningkatkan kreativiti sebagai seorang wartawan. Mereka mempunyai lebih kebebasan untuk membuat keputusan terutama dalam memilih subjek dan berita yang ingin ditulis. Dari sudut pandang organisasi pula, multi-skilling membolehkan produktiviti ditingkatkan. Praktis ini juga mengubah budaya kewartawanan, yang meletakkan lebih fokus terhadap proses produksi dan kemudian mengadaptasi kandungan yang dihasilakn untuk terbitan beberapa saluran yang lain seperti platform dalam talian.
Jadi, dalam menghasilkan wartawan masa hadapan, bagaimanakah sebenarnya wartawan yang diperlukan oleh sesebuah organisasi akhbar? Kajian oleh Institut Poynter mendapati, syarikat media memang mengalu-alukan wartawan yang mempunyai kemahiran spesifik yang lebih dari satu. Mereka juga mahukan wartawan yang boleh bekerja dalam pasukan dan membangunkan akhbar secara berpasukan. Kemahiran asas kewartawanan seperti menulis berita dan rencana adalah “kewajiban” yang memang perlu dimahiri oleh semua wartawan. Kemahiran “tradisional” kewartawanan ini sangat penting kerana kemahiran-kemahiran lain termasuk kemahiran berteraskan teknologi boleh diajar dan dipupuk, tetapi kemahiran asas ini memerlukan masa yang panjang untuk dipakari. Kemahiran lain yang juga dipentingkan oleh syarikat media ialah kemahiran menyemak kesahihan fakta dan kemahiran menguruskan media sosial.
Oleh itu, dapat kita lihat isu keperluan wartawan untuk menjadi seorang multi-skilled dalam sekurang-kurangnya dua keadaan yang positif. Kita tidak cuba melihatnya dari perspektif organisasi tetapi lebih kepada peningkatan upaya seseorang wartawan itu sendiri. Menjadi seorang wartawan yang multi-skilled adalah perlu dalam dunia kewartawanan moden hari ini. Namun, seseorang itu tidak boleh menjadi “terlalu” multi-skilled kerana ini akan menjadikan mereka tidak mahir dengan satu-satu kemahiran yang ada. Kita tidak mahu kualiti kewartawanan merudum kerana wartawannya yang terlalu multi-skilled sehingga tidak tahu apa sebenarnya yang mereka lalukan!