BEZA NILAI ETIKA KEWARTAWANAN ISLAM DENGAN UNIVERSAL
Oleh: Dr Siti Suriani Othman
Pensyarah Kanan
Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Disiarkan pada 7 Mei 2020

Kajian tentang etika kewartawanan Islam memang mendapat perhatian di Barat. Sungguhpun skala kajian tidak besar, tetapi ada beberapa sarjana yang konsisten menulis dan mengkaji tentang ini seperti Hamid Mowlana, Janet Steele, Kai Hafez dan Lawrence Pintak. Mowlana misalnya melihat kewartawanan adalah satu usaha dakwah dalam definisi dan konteks yang luas. Kewartawanan sebagai satu bentuk dakwah menurut Mowlana, boleh diperjelas melalui lima konsep dalam Islam iaitu tauhid, amar makruf nahi munkar, ummah, takwa dan amanat.
Konsep-konsep lain turut dilihat penting dalam memahami etika kewartawanan Islam termasuklah mencari kebenaran, memastikan maklumat yang sahih sahaja dikongsikan, jurnalis bebas melapor, penulisan yang adil, laporan adalah untuk tujuan kebaikan dan bersederhana dalam setiap tindakan. Ini selari dengan matlamat kewartawanan dalam Islam iaitu memastikan keharmonian masyarakat.
Di Malaysia, kajian tentang amalan etika kewartawanan Islam menunjukkan kebanyakan jurnalis mengamalkannya secara tidak langsung. Misalnya, kajian Janet Steele menunjukkan, jurnalis di Malaysia dan Indonesia memahami nilai etika kewartawanan mereka secara universal dan tidak khusus dalam nilai etika Islam, tetapi nilai etika ini dijelaskan dalam pemahaman Islam. Misalnya, tidak semua jurnalis melihat kewartawanan sebagai satu usaha dakwah, tetapi kebanyakannya menjelaskan mereka terlibat dalam dunia kewartawanan untuk menyampaikan kebaikan. Dalam pada yang sama, kajian-kajian juga menunjukkan bahawa jurnalis di negara yang majoritinya Islam, termasuk Malaysia, mengamalkan amalan kewartawanan yang dipengaruhi oleh suasana politik, ekonomi dan sosio-budaya di mana mereka beroperasi berbanding pandang dunia khas Islam itu sendiri.
Jika kita boleh berbalik kepada cadangan Mowlana, seorang Profesor Emeritus di American University di Washington, sarjana komunikasi ternama dan bekas penasihat Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad tadi, beliau menegaskan bahawa usaha “menyampaikan” atau tabligh adalah fungsi utama kewartawanan. Usaha menyampaikan maklumat ini perlulah dilakukan dengan memastikan ia dilakukan bertauhidkan Allah, menggalakkan kebaikan dan memberhentikan kejahatan, memastikan laporan yang sama rata kepada segenap ummah tanpa melupakan golongan minoriti, menulis dengan rasa takut kepada Allah dan menulis sebagai satu amanah kepada jurnalis kepada masyarakat.
Namun, jika dilihat, hampir kesemua nilai etika kewartawanan Islam yang dinyatakan tadi turut ada dibincangkan dalam nilai etika universal. Semua jurnalis, mahupun mereka Islam atau tidak, menyampaikan maklumat kepada masyarakat, menggalakkan kebaikan, memastikan laporan yang adil dan saksama kepada segenap lapisan maysarakat dan menjalankan tugas seharian sebagai satu amanah. Jadi, apakah yang membezakan nilai etika kewartawanan Islam dan yang universal?
Dr Basyouni Hamada yang aktif mengkaji isu-isu kewartawanan dan Islam menjelaskan lima perbezaan antara etika kewartawanan Islam dan universal. Menurutnya, beberapa ciri utama membezakan etika Islam dengan sistem etika konvensional. Antaranya ialah etika Islam mencerminkan budaya manusia dan tamadun yang difahami sebagai falsafah dan bukan terhad kepada kefahaman agama. Kedua, sistem ini dikembang dan dimajukan menerusi proses adaptasi dan negosiasi. Ketiga, sistem etika Islam bersangkut paut dengan keseluruhan sistem dalam kehidupan. Keempat, daya intelek adalah sumber utama pandangan Islam dan bukan hanya terhad kepada isu-isu agama sahaja. Dan kelima, sistem etika Islam menyampaikan visi Islam yang umum tidak mengira kepercayaan dan sempadan geografi. Kerangka kefahaman ini dibangunkan untuk mencapai kebenaran dalam penghasilan kewartawanan, dan memastikan kewartawanan dapat memberi kesan terbaik kepada masyarakat.
Dari segi aplikasinya, kerangka ini menyedarkan jurnalis bahawa proses pengumpulan dan penulisan berita adalah satu bentuk amanah dari Allah yang mesti dilaksanakan untuk mencari kebenaran. Proses ini perlu dijalankan dengan prosedur yang bertanggungjawab, termasuklah memastikan menggunakan sumber berita yang sahih, menyediakan bukti dalam pemberitaan dan melaporkan dalam konteks yang sebenar. Dalam memastikan niat yang baik dalam mengamalkan kewartawanan dapat dicapai, menghasilkan produk media tidak boleh dilihat sebagai satu bentuk perniagaan semata-mata tetapi sebagai satu tanggungjawab sosial bagi jurnalis untuk memastikan amalan terbaik kewartawanan dapat dicapai dan diamalkan.