AID CONFERENCE

  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
  • HOME
    • PREVIOUS CONFERENCES >
      • NACOSS VI
      • ICCOMAH II
      • ICOSAH V
    • PREVIOUS INNOVATION COMPETITION >
      • IMUS 2021
      • INNOCOM II
      • ISIC III
  • ABOUT
  • COMMITTEE
    • LOCAL HOST
    • INTERNATIONAL LIAISON
    • ACADEMIC COMMITTEE
    • AID CREATIVE WRITING INTERNATIONAL COMMITTEE
    • JOIN US !!
  • CONTACT
  • AWARDS
  • GALLERY
JANGAN SILAP KONSEP RAMADAN
Oleh: Dr. Siti Suriani Othman
Disiarkan pada 31 Januari 2020

Kedatangan Ramadan secara umumnya dinantikan oleh umat Islam yang bertakwa. Namun tidak dinafikan, ada juga sesetengah yang melihat kehadiran Ramadan sebagai bulan yang meletihkan, dan banyak aktiviti sosial dikurangkan kerana letih fizikal dan mental kerana berpuasa.

Maka jika benar puasa melemahkan umat Islam selama sebulan, mengapa Islam menetapkan keperluan berpuasa? Asasnya ketetapan berpuasa adalah untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah. Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim dalam satu kuliahnya di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia menyebuatkan adalah sangat penting bagi umat Islam untuk mencapai ketakwaan untuk diri sendiri.

Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

Dengan maksud lebih mudah Abdullah bin Mas’ud R.A menerangkan: “Takwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.”

Persoalan selanjutnya, mengapakah ketakwaan itu isu yang penting dalam Islam dan perlu dicapai umat Islam? Tidak cukupkah menjadi seorang Muslim yang mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya, mengapa pula perlu menjadi seorang yang bertakwa?

Dalam Islam, ketakwaan itu penting kerana itulah neraca yang menentukan kedudukan seseorang Muslim di sisi Allah. Maksudnya, manusia yang tinggi takwanya, diletakkan di kedudukan yang tinggi dan sebaliknya. Kelebihan menjadi manusia yang diletakkan tinggi di sisi Allah termasuklah banyak urusannya dipermudahkan, mendapat pelbagai ganjaran dari Allah serta mendapat kelebihan syurga.

Ada kisah tentang berkatnya seseorang yang bertakwa yang amat menarik untuk dikongsikan. Ada seorang pemuda pada zaman Nabi yang baik dan bertakwa sifatnya, tetapi tidak mempunyai harga. Maka, selain mengaji ilmu agama, dia diminta untuk membuat kerja yang mendatangkan hasil supaya tidak perlu meminta-minta. Lalu, gurunya menyarankan dia melakukan pekerjaan yang dilakukan bapanya dahulu, tetapi dengan penuh takwa. Lalu dengan berat, ibunya memberitahu bahawa arwah bapanya adalah seorang pencuri dan mempersoalkan bagaimana dia boleh jadi pencuri yang bertakwa? Lalu dia cuba menjadi pencuri pada suatu malam dengan prinsip takwa. Cubaan pertamanya memasuki sebuah rumah gagal kerana dalam Islam, memecah masuk rumah orang lain adalah berdosa. Dia juga akhirnya masuk dalam satu rumah besar tidak berkunci dan memasuki bilik yang menyimpan rekod harta hartawan berkenaan. Lalu dia melihat akaunnya dan mendapati harta tersebut perlu dizakatkan. Dengan kepandaiannya menghitung, dia mengira keperluan zakat hartawan tersebut. Dipendekkan cerita, hartawan itu terbangun dari tidur dan diberi pelajaran tentang zakat oleh pemuda ini. Akhirnya dia faham apa yang tidak dilakukannya selama ini dan menawarkan pemuda tersebut menjadi menantunya di samping membantu dalam hal akaun harta dan perniagaannya. Begitu sekali berkat seorang yang sentiasa melakukan kerja dengan penuh rasa takut kepada Allah! Lihat saja bagaimana urusannya dipermudahkan berkat ketakwaannya.

Berbalik kepada bagaimana mencapai tahap ketakwaaan yang tinggi. Ketakwaan boleh dicapai dengan memiliki jiwa kita sendiri iaitu mempunyai kawalan penuh terhadap diri, dan berpuasa adalah antara jalan mencapainya. Ini bermaksud, melalui puasa, seseorang individu itu boleh memiliki nafsu dan dalam masa yang sama menyalahi kehendak nafsunya melalui mekanisme pengawalan berpuasa.

Menariknya, ketika berpuasa, melawan kehendak nafsu dilakukan sepanjang masa. Di siang hari, melawan nafsu makan yang paling jelas dilakukan, dan ketika berbuka pula, melawan nafsu makan berlebihan.  Di sini, bulan Ramadan menyediakan ruang latihan kepada kita, untuk mengawal nafsu secara sistematik dan mencapai ketakwaan yang boleh digunakan untuk 11 bulan yang akan datang.

Di sinilah maka konsep Ramadan tidak boleh disilap faham. Ramadan bukan hanya bulan untuk mendapat lailatul qadar, tetapi ia adalah bulan latihan istimewa umat Islam untuk mencapai ketakwaan yang lebih tinggi. Selepas bulan Ramadan, amalan perlulah istiqamah, dan jangan kembali kepada cara hidup asal “bukan Ramadan” yang mungkin lebih mudah alpa dan leka.
We Would Love to Hear from You!

Email :
myaidconference@gmail.com

Picture

Visitor